Saturday, January 31, 2009

aku dah 16. oi 26 la!

selamat hari lahir aku - 26 tahun dan bersyukur masih bernyawa dan seberat 50 kg. perasaan masih lagi tenang dan happy as the way i'm happy. *wink wink*

aku berharap dapat complete life dengan :

1. masa
masa untuk beribadah, masa bersama keluarga dan rakan, dan masa untuk travel.

2. wang.
wang untuk beramal, wang untuk keluarga dan wang untuk memperoleh basic aset seperti rumah yang lengkap dan juga kereta untuk ke mana-mana.

3. kekuatan dan kesihatan tubuh.
tubuh yg sihat untuk berilmu dan beramal ibadah serta tubuh yg kuat mampu untuk berkerja dan travel.

yang pasti, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya.

Psss! : dek nor! u buy for me a new handbag and i will love u everyday!!




Thursday, January 29, 2009

masa, wang dan kekuatan tubuh

aku teringat pada sepasang wanita dan lelaki tua yang aku temui di tangga ke top of mount bromo.

gigih sungguh. hati aku sekadar berbisik.

even aku sendiri dari sand sea ke tangga tu naik kuda. ha.ha.ha. aku semput beb. sedangkan mereka berjalan perlahan-lahan. mencuba habiskan perjalanan hingga top of bromo itu.

kami sempat berbual-bual. si wanita tua berkata suhunya lebih dingin dari genting highland. sand sea di grand canyon lebih luas dari di sini. tangga di great wall lagi panjang dan capek untuk di daki dari tangga ini.

aku terdiam. mata aku memandang atas hingga ke bawah melihat wanita tua ini. sekejap tadi dia cakap genting highland, kemudian grand canyon dan kemudian great wall of china.

pergh...they been all over the world dan setua itu.

minda aku ke lain. sekejapan tadi aku ada dengar usa dan juga italia. apa agaknya perusahaan mereka di jakarta. oh ya, mereka dari jakarta. datang bersama anak. anak mereka seorang sahaja. hanya menunggu di jeep dan tak mengikut ke tangga bromo.

apa rahsia ibu segigih ini?

oh aku tetiba-tiba bertanya. setiap hari, ibu bangun solat dan berjalan 7km. setiap malam jumaat, ibu bangun bertahajud. es (ais) jangan di minum. makanan berminyak juga perlu kurang. jangan lupa berdoa, pesan si bapak tua. umur bapak 65 tahun.

berjalan 7km setiap hari?

aku memandang mereka lagi. hati aku kata mereka tak menipu. serius.

best nya ada masa, wang dan kekuatan tubuh...

Psss! - ada sesiapa tak nak bagi dana dan tajaan aku gi travel? HE HE HE

hari sabtu hari itu

sepanjang hari ni, aku ngan anis pergi wedding orang aje dan malam melepak di kedai soda.

lokasi pertama : kg pandan luar.

serius. sepanjang hidup aku, aku tak tau kg pandan ada luar ngan dalam. lokasi berdekatan dengan restoran nasi kandar kampung pandan. disbbkan sampai awal, sempat breakfast nasi lemak di kedai berdekatan.majlis yg ringkas dan di hadiri oleh saudara-mara terdekat anis aje. lunch kami di restoran nasi kandar. hari sangat panas dan air sirap sejuk time ni sangat sedap.

lokasi kedua : taman bukit indah, ampang.

aku yang sgt yakin tau jalan. pusing-pusing aku tak jumpa umah najel. last-last aku mengalah dan call semua orang. eli aje yg jawab time ni. at last, jumpa jugak rumah najel. dari khemah, baju, gift semua tema hijau. mmg najel dah sound awal2 lagi.sbb tu aku pakai kaler ijau. di sbbkan hari panas, aku tanya anis, gift ada kipas tak. dengan big grin anis menjawab, gift dia adalah surah yasin. aku sekadar..he..he..he..

lokasi ketiga : taman chempaka, ampang.

syiwi guide aku ke umah alis. jalan punya la senang. tapi macam susah aje. lama tak sembang mcm ni. sempat jumpa dayah, sal, syiwi and eli. kami juga sempat attend nikah alis dan tunggu alis bersiap. majlis nikah ni semacam sayu pulak. kenapa? aku tak tau tapi semua orang sayu aje..

lokasi terakhir : kedai soda, kajang.

before ni, aku ngan anis pernah nak pegi. tapi tutup. so kesempatan di ambil bila anis overnite kat umah aku. aku ajak anis pergi kedai soda tu. aku call fitri, fit pun free. shah ks juga follow.

shah ceria setelah minum soda ceria

fitri juga gembira, setelah minum soda gembira

kelihatan anis macam konpius. sebab soda sedih tak mampu membuat anis sedih. aneh~!

next time perlu try soda ceria, soda sedih dan soda suka duka.





orang sakit yang macam tak sakit

smlm masa fit dtg amek beg, amir inform fitri, dia accident. kitorg terus ke smc, shah alam. otw ke smc, amir inform dia di tukarkan ke ppum. jadi aku ngan fit patah balik ke ppum.

sampai je ppum, kitorg ke wad kecemasan. aku mcm cuak. sempat jugak aku call arai and fahmi. cakap pun mcm tak ketahuan. (lantak.janji diorg faham). try call amir, dia infom yg dia baru je sampai. sampai aje, amir terus register. time register, amir boleh wat lawak. (aku konpius,sakit ke tak mamat ni?)

di sebabkan fit ngan ajib gi surau, aku temankan amir. before warded, ada doctor ni soal2 doctor pelatih 2 org masa doctor tgh merawat amir. amir boleh lg kaco2 doctor pelatih 2 org ni. sempat lg tu dlm sakit2 mcm ni.

amir di tempatkan kat wad 8u. aku infom fit. time tu ajib dah balik. arai and butet lak sampai.

then, masuk plak doctor hafizah,doctor perempuan yg muda. time ni aku mmg tak boleh tahan. dia dok kaco2 doktor ni. aku rasa klau doctor ni tak inform dia baru 8 bkn jd doctor, kompem amir tak kaco2 dia. doctor ni siap menggigil time amek darah si amir neh.

dlm situasi camni, sempat lagi diorg buat drama kat hospital nehhhh.. (aku bertambah konpius!!)

watak 1 : takpe. sikit aje.
watak 2 : rasakan!!!

watak 1 : adehh..ape hal korg nehhhh..
watak 3 : aku merayu kat ko, kasi chance la aku ngorat doctor tu.
watak 4: ye amir, ko kasi la peluang kat kitorg. sok2 ada nurse lain lak mai, hang bole ngorat.

watak 1 : huh. jgn harap. over my dead body mannnn
watak 3 : please la amir, i'm begging you man!!

watak 1 : yes deal. as long as ko bwk ns goreng thai utk aku tet.
watak 4 : anything for u,bro!


peringatan : watak dan jalan cerita adalah 50 % rekaan semata-mata



Sunday, January 25, 2009

java madness - day 6

finally,dah 6 days kami kat jogja ni. kami bangun awal pagi untuk pegi morning walk lg. jalan- jalan cari kuih. nana nak bakso tapi yg ada bakso tepi2 jalan tu. tak berani lak nak makan situ.
so just jln2 aje. sampai depan 1 hotel ni ada mcm pasar kecik. ramai pulak orang jual2 kat sini. shaf beli beg batik.

eh.bukan dia sorang je. aku, mina and nana pun beli2 gak. last minutes shopping. aku dah takde duit and pinjam rupiah mina. yg ada just utk taxi and airport tax aje. pas tawar-menawar kami pulang ke losmen.

bargain membargain

sampai aje terus breakfast kat lobi losmen. layan coffee and roti bakar sapu coklat. sambil2 tu tengok tv show ada band2 indon ni. sedar tak sedar, dah kul 9 am. driver taxi dah sampai pun.

since dah pack barang-barang dari awal lagi, kami just amek je beg bawak ke taxi. rate taxi
Rp 60,000 dari hotel ke airport. on the way tu aku sembang dengan driver taxi tu. kraton and taman sari kat mana. frust betol sbb kraton and taman sari tu blkg maliboro street tu aje. tak jauh. area2 tu jugak.

tempat penginapan setelah beberapa hari tidur dalam kotak.

terdiam kejap. frust tapi masa mencemburui kami. takpe, nxt time.

sampai je airport, terus aje check in. beg mina plg berat skali. beg kitorg semua less than 10 kg. beg dia je dah 11kg. tak tau nak pegi mana. nak lepak cafe, duit mcm surut je. at last aku beli paper daily jogja Rp 5,000. kat luar airport harga Rp 2,500 aje. kat airport jadi mahei plak. shaf and mina sempat lg shoping kerepek2 and teh. aku duduk ngan nana tunggu layan teh buah. pelik lak rasa dia.

lepas byr airport tax, Rp 100,000 , kitorg masuk kat waiting area. pas tunggu jap, terus naik kat plane. at first, usyar stewad...hem hem hem.. aku dok ngan shaf and mina dok ngan nana. sbnrnya aku dok tahan kenceng sbb toilet airport jogja wat aku tak selera nak membuang.

selepas isyarat tali pinggang di padamkan, aku ke toilet. keluar je ada sorg stewad ni tegor. suh dok jap nak sembang. dia tanya2 trip kitorg memandangkan tak ramai passanger time tu. aku and shaf citer2 aje la. lepas dia tengok2 gambar and sembang2, dia kasi kitorg jus 4 kotak. sorg satu bwk balik. service sgt ok. next time kena naik MAS lg!

kami sampai lebih kurang 3 pm. kat luar sgt panas. shaf, adik dia dtg pick up. aku tunggu dek nor and abg amek. mina and nana balik dgn taxi.

end of our trip to jogja..

so next ke mana kita????

Saturday, January 17, 2009

java madness - day 5

dah check in tak leh tidur plak. aku ngan mina decide nak morning walk. pas aku mandi, aku baring2 jap sementara tunggu mina siap. around 7 am aku ngan mina keluar from hotel pergi morning walk. aku pergi money changer and tukar duit skit. terus berjalan nampak restoran nasi padang, nampak spa center and end up kat tempat gerai kuih. byk gile kuih and kalau bole semua mina nak try.

yg paling sedap roti sapu coklat, pastu roti tu di goreng salut ngan telur. tgh jalan tu, kami jumpa driver mlm td yg tunggu passanger utk ke probolinggo semula. kami ke jln maliboro, ada few stall dah bukak. tgk2 tshirt and selipar. pas nego2 price, aku beli 2 helai tshirt, selipar and beg batik utk dek nor.

since hari masih awal, kami decide nak breakfast kat eFMe cafe. aku makan banana and honey pancake, minum java coffee. total breakfast dlm RM 3 aje. ada beberapa org mat saleh breakfast kat situ. kami balik ke hotel kejut kan shaf and nana.



lorong ke sakura hotel

sampai hotel, nana and shaf dah siap. kami ke money changer since nana and shaf pun nak tukar duit. luckily aku tukar awal. we found that rate utk money charger sume lain2. jadi kami pergi money changer yg awal2 td.

lepas ke money changer kami ke spa "kakiku" utk urut and lulur. massage whole body - Rp 35,000 utk 90 min. dan lulur Rp 25,000 aje. total massage dan lulur hanya RM 20! u won't get that price kat m'sia. RM 20 tu maybe dapat massage kaki aje utk 30min.

after about 2 hrs kat spa tu, kami ke restoran nasi padang. kami amek lauk ayam bakar, kari ayam dan beberapa lauk lg. cost dlm RM 6 camtu aje.



aneka lauk padang



sup buntut

selesai aje makan...it's shopping time! masuk je maliboro street tu dah byk org jual2. please bargain hard! as aku tak reti bargain sgt, mina la tlg bargain utk aku.

selesai shoping, kami minum soda gembira di cafe eFMe. dari kat M'sia lg nk minum soda gembira ni. kat jogja baru dpt minom. kul 6 pm kami gerak ke Prambanan for Ramayana ballet show.

barbaju batik ke show

fees utk show adalah Rp 50,000. dan transport ke Prambanan Rp 30,000. luckily kami dapat seat VIP even kami byr utk seat tak VIP. ;-) before show, aku ngan shaf sempat ke belakang tempat show tu. ada restoran belakang tu. boleh dinner mengadap view candi preambanan. view mmg best! candle light dinner pun best kat sini. suppose area tu tourist yg ke show tak boleh masuk. tapi pekerja tu kasi masuk kejap. dapat la tgk prambanan dari luar even tak masuk dalam sana.


show start kul 7.30pm until 10 pm camtu. student sekolah dari jakarta and surabaya ada join show tu skali. boleh di katakan penuh jugak la seat. show hanya ada hari selasa dan khamis aje utk bln jan hingga bulan apa aku tak sure.


klau bukan musin ujan, suppose show akan ada kat hall luar. background dia candi prambanan tu. skrg ni tgh musim ujan. jadi, show kat dalam hall. show sgt best! dan mesti tgk.

balik around 11.30 pm. lepas tu kami dinner kat cafe eFMe. order lak mcm2. aku nak sgt tempe goreng. jadi, order tempe goreng nak tgk style masak mcm mana. last2 tempe dia mcm pisang goreng tu. layan aje...sedap dan garing.

dah kenyang tu, kami balik ke losmen. dan tidur keletihan..

java madness - day 4 - part II

otw back from ijen,memasing sgt busuk bau sulfur. bau sulfur macam bau belerang tu. memasing tak tahan kelaparan even dah makan roti, biskut segala. kami stop kat petrol station yg femes kat java ni, Pertamina. kemudian meneruskan perjalanan dan stop for lunch kat Pantai Pasir Puteh, Situbondo.

kat beach ni ada dive center. aku assume pantai ni famous and menarik la. tapi bila pegi tepi beach tu perasaan biasa je macam tengok pantai Morib. maybe cuaca tak bagus kot so view nya tak berapa cantik. konpius betoi. aku dah google pasal pantai ni bila dah balik. mmg review semua kata best siap ada taman laut bagus untuk diving.


lunch kat sini mahal sikit. maybe sebab tourist spot. mee goreng berharga Rp 25,000. sedikit keji. kira-kira dalam RM 8 sepinggan. pastu lalat byk lak. aku merasa jus avacado yg nana pesan. ada cam rasa air rumput skit. :-) lapar punya pasal, hantam saja.

perjalanan di teruskan ke probolinggo. dari situbondo ke probolinggo dalam sejam setengah. sampai je kat probolinggo tukar van ke jogjakarta. journey will take 9 hours.

badan melekit. letih yg amat sgt. semua tertidur dlm van. around 10.30 pm kami stop kat tmpt mcm RnR. makan dan refresh badan, basuh2 muka. perjalanan di terus kan lagi ke jogja. around 3.30 am aku terjaga bila driver tanya nanti nak drop kat mana bila sampai di jogja. aku just inform pegi aja ke maliboro street tu dan cari hotel.

sampai di jogja, kami cari losmen atau homestay. jenuh jugak cari losmen memandangkan kami check in kul 4 pagi. most of losmen charge 2 ari. keji betul. at the end kami jumpa sakura hotel dgn rate Rp 90,000 sebilik utk bilik dgn queen bed and breakfast. kami ambil 2 bilik.

waktu masih awal utk check in time tu. so, kami letak beg kat hotel and check in kul 5 am lepas tanya pekerja hotel tu, check in after 5 am akan charge sehari aje. sejam je lg nk check in. keji la.dia tetap taknak kasi masuk. kami pun keluar dan ke kedai " k mart", kedai mcm 7E tu. tengok2 apa ada and tanya pekerja k mart tu kat mana ada jual cd illegal. nana dok cari cd lagu band indon yg best.

for those yg cari cd ke vcd ke dvd ke, kat street blkg ibis hotel and matahari mall tu ada jual byk cd/dvd. satu cd dlm Rp 6,000. beli sepuluh percuma satu.

4.45 am kami gerak ke hotel dan check in. time nak masuk hotel ada sorg makcik ni dtg jual kuih and nasi. aku beli nasi kuning and mina beli nasi gudeg. nasi gudeg tu Rp 5,000. ada nasi putih and lauk2 skit.

kul 5 am kami check in. aku stay sebilik dgn mina. nana stay dgn shaf. letey bangat.

time utk guling2~!!! letey wooo..

java madness - day 4 - part I

we wake up at 4 am and had a breakfast before check out. pagi tu makan toast and coffee aja. pagi ni mcm takde expectation sgt since aku tak study apa psl ijen. sbb mmg tak decide langsung nk ke ijen sebenarnye.

driver lambat bangun. "maaf mbak, ketiduran", ujar drive dengan mata yg merah2. kami maafkan aje since if aku jadi driver pun aku letih nak mati. drive 5-6 hours jalan mcm tu. adoi. dari banyu wangi ke ijen lebih kurang sejam. sampai je suhu mcm ok-ok je dari bromo. but still kene pkai sweater.

kiri kanan adelah utan

tiba di ijen kami kena berjalan lebih kurang 3km. tanpa guider kami jalan je ikut denai2 tu. sombong gile bila ada local tanya perlu guider ke. kami geleng2 and terus je jalan.


tgh2 jln tu bertembung ramai sgt pekerja yg mengangkat sulfur ni. aku takleh nak bygkan diorg angkat sulfur seberat 70-80kg tu. kami stop kat satu tempat yg diorg namakan kantin. ada jual mcm2 food tapi aku n nana minum sprite aje. lepas sembang2 dengan sorang pakcik ni, dia tunjuk kan jalan nak ke kawah. kami follow aje.


keliling perjalanan tu, mcm gng Brinchang - mossy forest. very wet and windy. kami ingat kan ujan rupanya embun pokok yg jatuh ditiup angin. sampai top of ijen, sulfur smoke sgt kuat sampai tak nampak apa2 view. mina and shaf dah jauh kat depan. aku ngan nana still kat belakang. kami jalan slow sbb tak tahan dgn asap sulfur tu. jalan sgt berkabus. tak nampak apa2. aku and nana just follow je trek tu until nampak pekerja yg bawak sulfur.

sampai kat kawasan berbatu, aku dah paranoid. suara2 pekerja2 yg ckp bahasa jawa bebel2 mcm marahkan kami jgn turun kat bawah tu. bahaya. shaf nak jugak turun sbb alang2 dah sampai sini. aku yg cranky2 follow jugak. kalau time takde asap tu aku rasa mmg aku tak turun dah.

the only jalan naik dan turun

pakcik tu advise bernafas ikut mulut dan tutup hidung. dah sampai kat bawah tu aku dah lega. asap pun dah kurang. view kawah semakin clear.

masih berkabus. walking down to the lake.

the lake

sulfur miner

air kawah

in making sulfur

we climb back to top of ijen sementara asap sulfur tak byk sgt. view pun dah makin clear.

view crater from top

a way back

kami amek masa yg lama kat atas sana. sampai je bawah dah kul 12. driver bg time until 1030 am aje. turun je terus start journey to probolinggo and direct to jogjakarta.

dah sampai bawah..

here some of video from youtube pasal ijen and sulfur miner.





java madness - day 2 and day 3

around 5 am kami tiba di probolinggo. driver van drop us kat tour agent kat probolinggo. agent asked us our plan lepas turun bromo. actual plan was heading to surabaya. but when he offer us trip to ijen we found it is interesting to go. we nego the price and we get Rp 550,000 for the trip.
trip will cover from transport from probolinggo to ijen, hotel and breakfast at arabica homestay and transport back to jogja. journey will take 5-6 hours to ijen creter.

after pay for the trip, the other van take us to cemoro lawang and we stay at cemoro indah hotel. the road to cemoro lawang was sgt kecil. klau van tu selisih pun seram je rasa sbb tepi2 tu gaung. semakin naik ke atas, suhu semakin sejuk. probolinggo to cemoro lawang takes about 1 hours naik ke atas. kami sampai dalam pkul 7 am.

lepas check in, we had hot shower and then we had breakfast at the cafe. masa tu hujan renyai2 dan cuaca berkabus. we just have hot tea and pancakes sementara tunggu cuaca elok sikit.
from the cafe, boleh nampak view mt bromo.

view from the cafe

enjoying breakfast

lepas breakfast, we went for morning walk around hotel. view sgt superb and cool abes. tanah area village tu mmg digunakan sepenuhnya dgn tanaman kobis dan mcm2 sayur lg.




nyamannyeeee

lepas jalan2 tu we back to hotel. arrange transport ke Penanjakan which is cost Rp 70,000 per person. we also rent sweater for Rp 4,000. entrance fees ke mt bromo pula Rp 25,000 per person. udara sejuk2 camni best tido as we have nothing else to do. selepas jamak zohor and asar, kami pun tidur. lg pun nanti kene wake up early around 3 am. suhu sgt sejuk malam tu. aku terjaga sbb kelaparan yg amat. bangun je terus makan roti.

pas aku bangun semua pun bangun. ngap ngap roti.. lepas magrib, kami ke cafe untuk dinner. aku order soto. soto makan dgn nasi ngan air putih hangat lebih kurang Rp 15,000. ada ramai org tengger kat luar cafe jual mafla, sock and snow cap. if bernasib baik boleh dpt Rp 40,000 utk tiga2 tu skali. aku just beli socks sbb sock dah basah. sock dalam Rp 10,000. dalam 8.30 pm kami balik ke bilik, solat isya, and sambung tidur. di sebabkan sejuk yg amat, aku takleh nak tidur sgt until 3 am.

3 am - terus bangun dan siap2 untuk ke penanjakan yg hanya 30 minit dari hotel. from penanjakan boleh nampak 3 mount - Mt Batok, Mt Bromo and Mt Semeru. unfortunately, that day hujan. takde view sunrise dari Penanjakan. kami duduk kat gerai2 kat atas Penanjakan tu. disebabkan tak tahan sejuk, kami order air teh panas sementara tunggu hujan teduh. ramai tourist tunggu ujan teduh. kami amek gmbar dan terus ke jeep untuk ke mt Bromo. masa gelap tadi tak nampak kiri kanan jalan yg bergaung. kalau nampak, sumpah aku tak toleh kiri kanan.

sampai je kat sand sea tu, ramai org tengger dtg approach suruh naik kuda. kat sini kene pandai nego. perjalanan ke mt bromo cuma 2 km aje. tp berjalan atas sand sea buat aku rasa semput plus dgn suhu sejuk 5C. akhirnya, aku mengalah lepas org tengger offer Rp 10,000 utk sampai ke kaki mt Bromo.

stairs to top of Mt Bromo

keciwe skit, takde view, sulfur smoke sgt dasyat

view from top of bromo. asap tebal so tak nampak apa.

frust betul. tapi kami hanya mampu merancang aje. asap sulfur sangat tebal sampai tak nampak apa2 view. kalau ikutkan boleh nak tunggu tapi kene balik sbb van will pick up kul 9am ke probolinggo. jadi kami turun. aku yg semput and nana yg dah terjatuh decide untuk naik kuda - Rp 40,000. kami singgah ke temple di bawah bromo.


view mt Batok from the temple.





kalau hari tak ujan, boleh nampak view mcm dlm video tu. mmg view sgt superb.

we went back to hotel and had breakfast. lepas kemas2, around 10 am kami gerak ke probolinggo untuk journey ke ijen pula. van dari probolinggo lewat. kami gerak dlm 12 pm ke banyuwangi . singgah makan dan solat. aku mkn nasi pecel (nasi putih dan pecel aje). kami meneruskan perjalanan ke Arabica homestay. Jalan agak teruk dan berliku. kiri kanan jalan hutan2 mcm kat gng Rajah tu. nana dah paranoid risau ke mana driver ni nak bawak.

aku risau tapi mampu berdoa aje. 2-3 kali aku tanya driver tu lama lagi ke nak sampai. at last sampai juga bila nampak sign board Arabica homestay. lepas sign board tu, kiri kanan dah pokok2 kopi. ada rumah2 pekerja dan sekolah. tiba di homestay, sunyi je. risau jugak.

we pay for entrance fees for Rp 25,000 kt homestay tu. kami check in and rileks jap while waiting for dinner. dinner mlm tu ns goreng. boleh di katakan whole trip aku makan ns goreng spesial aje. tu je aku rase yg boleh telan. aku try java coffee. di sebabkan bukan peminat coffee, aku rasa sama je mcm coffee lain. ahha..

pas dinner layan tv indon jap then tidur. kul 4 am nak kena bangun pulak. kena check out and terus ke ijen.



Friday, January 16, 2009

java madness - day 1

aku bangun pukul 5.30 pg. malam tu tak boleh nak lelap sangat. excited kot. janji dengan diorg nak meet up kul 7 kat kl sentral. kami decide untuk naik erl aje ke klia and boleh check in terus.

unfortunately, flight delay pulak. dari kul 9.15 am delay ke 9.50 am. since kami dh check in, kami decide untuk stay kat waiting area tu aje. around 9.40 am kami berjalan menuju ke pesawat. aku duduk bersebelahan dengan makcik yang kerja di malaysia hampir 10 tahun sbg maid utk keluarga cina. aku sempat bersembang-sembang sambil enjoy lunch provide by MAS. the food not bad. plus byk snack utk munch2.

kul 1 pm kami sampai di adisucipto airport, jogjakarta. adisucipto airport kecil aje. lebih kurang airport langkawi. ada few shop and local flight byk kat airport ni. batavia, garuda etc etc. kami keluar airport aje dah byk travel agent offer taxi dan hotel. kami decide utk naik taxi dgn rate Rp 70,000. aku nego lagi. at the end dpt Rp 60,000. so share 4 org, sorang Rp 15,000. dalam RM, lebih kurang RM5 sorg.

Sosrowijayan street

dengan taxi, kami ke Sosrowijayan street.Sosrowijayan street bersebelahan dgn Maliboro street. di sini ada byk travel agent. nsb kami baik, driver taxi ni bwk kami ke travel agent plg murah di situ. we ask for a package to mt bromo. after survey2, kami decide utk pilih ke travel agent yg 1st td since itu yg plg murah. van ke mt bromo around 9pm. trip will take about 10hours.

ptg tu kami ke borobudur. cost ke borobudur Rp 30,000 dgn van. at 1st nak amek bas tp it will take sumtime utk ke sana. borobudur from town jogja tu about 1hr journey. entrance fees aje agak mahal bg aku. Rp 124,000 dalam RM 40 camtu. by the time turun je van tu, byk org jual2 approach tourist. utk tak waste time n money, better jln je laju2 ke borobudur.



malangnya hari ujan pulak. kami berteduh. merayu2 pakcik tu suruh rental payung dgn dia. Rp 3,000 utk 1 payung. at last kami amek gak memandangkan ujan agak lebat.

bila hujan dh teduh sikit, kami naik ke temple. hari agak mendung jd tak nampak sunset sgt. frust betul! temple ni sgt besar and letih jugak la nak tour seluruh temple ni.


kul 5 pm borobudur dah close. pastu kami back to office tour agent. on the back tu ada temple mendut di tepi jln. tapi kami tak stop pun as we were running out of time.

sampai je office tour agent tu, we pay for Rp 220,000 for our trip jogja to probolinggo, probolinggo to cemara indah hotel , one night with breakfast at hotel and from hotel to probolinggo. kami siap2 for our journey to probolinggo which is takes about 10 hours. on our way to probolinggo we stop for makan. kat area tempat makan tu ada kamar mandi utk refresh, ada musolah.

lepas dah makan, we continue our journey ke probolinggo before ke mt. bromo. on our way to probolinggo, aku tertidur keletihan...

java madness - intro

trip ni bermula lepas member ATAT aku nak ke padang, indonesia. tapi aku decide untuk tak nak ke padang sebab aku nak sangat pegi jogjajakarta. instead of aku join ke padang tanpa passion adelah lebih baik aku cari travel mate untuk ke jogja.

finally, lepas sembang-sembang dan meng'hit' tiket, aku and mina dapat tiket return ke jogja dengan harga rm250 aje! kami cari lagi anyone yang nak join and kalau boleh 4 person pun just nice dah. memandangkan promotion tu kejap je and time tu pulak aku kerja malam. jadi aku leave it to mina untuk cari siapa yang nak follow. kalau suruh aku cari, memang lambat la sebab siapa la yang aku nak call malam2 macam ni.

at last, shaf and nana decide untuk join. lewat beberapa hari je tiket dah jadi rm302. hentam saja la labu. janji aku mau travel.

Here are some details about travel mates aku untuk trip kali ni. This is my first time aku travel dengan mereka.









Mina yg happy kekenyangan.










Mina - travel agent "budget more please!"


seorang traveller yang amat budget sekali. lebih budget dari traveller yang dalam cerita2 kat tv tu. seboleh2 dia akan nego price sampai dia rasa boleh kasi more value for your money.

mina juga heartless. mampu meng'ignore' penjaja2 di keliling yang cuba approach dia untuk membeli.

tetapi, dont you ever let mina hungry. sebab kalau dia lapar, dia sangat cranky more than you expect.

Dr. Nanakun - wakil apotet ke tanah jawa

dr nana mendapat gelaran dr semasa melancong ke tanah jawa. dr nana telah menjaga kesihatan travel mate nya dengan nasihat sbg seorang apotet yg berjaya.

adanya nasihat dari dr nana, alhamdulillah kami sihat sepanjang perjalanan kami di sana.

gelaran dr juga tidak sia-sia, dr nana tidak pernah membuang masa travel begitu sahaja. setiap masa terluang, akan di isi dengan bahan bacaan ilmiah.







Dr. Nana yang serius berbicara














Gaya Shaf sbg seorang model bromo.









Shafeera - clean food supplier a.k.a model bromo

shafeera a.k.a shaf, clean food supplier untuk kami sepanjang perjalanan ke tanah jawa. food bukan sahaja clean malah, menarik minat untuk makan. as a supplier, beg mengisi food lebih kurang sama size dengan beg baju yang di bawa oleh shaf.

shaf juga berbakat menjadi seorang model. ketika di bromo shaf telah menjalani sesi photo shoot sebagai seorang model yang bercuti dan menjadi traveller separuh masa.

Friday, January 9, 2009

a w a y

hari yang di tunggu dah tiba. esok flight ke jogja kul 9.15 am. i've been waiting for this trip for 3 months. hopefully everything will be fine.

trip kali ini harap dapat cover jogja - borobudur - perambanan - solo - surabaya - mt bromo.


mt bromo - dengan harapan dapat sampai sini.

here's a quick run down of some of the trip:

- paspot - aku dah settlekan sehari before new year hari tu.
- rupiah - dah check money changer mana yang di kira paling murah. fahmi inform tukar kat money changer kat shah alam. irdan pulak inform kat KL sentral murah. di sebabkan KL sentral paling dekat di masa ini, aku decide tukar kat KL sentral aje.
- winter cloth - aku sempat shop mafla and glove kat OU hari tu. baju lak aku pinjam mama punya aje. wa jimat beb!
- beg - memang aku dah beli beg 2 tahun lepas. should be enough space la utk 6 days.
- food - aku beli sikit je untuk munch2 dan instant food.
- medicine - pump asthma , panadol , etc etc dah selamat dalam beg.
- kereta - dah antar balik telok. at least got someone can take care of it.
- phone - dah set roaming kat celcom semalam.

i think all done.

doakan semoga selamat pergi dan selamat pulang..

c ya..daa~


Thursday, January 8, 2009

sebab tu aku rasa tak nak sayang orang sangat

lepas banyak perkara berlaku lately ni, aku belajar untuk tak sayang sangat kat orang. kenapa bila kita sayang sangat kat orang, at the end kita kecewa?

aku sayang kawan-kawan aku. and aku try hard untuk give my ample time untuk lepak dan hang out dengan diorang. bila dah lepak tu, aku akan meet up kawan-kawan yang lain. sekejapan je aku dah create another circle of friend. pada aku, aku bebas untuk berkawan dan terpulang pada individu tu nak lepak dengan dengan circle of friend yang baru just because of their way of thinking yang menarik. dengan erti kata lain boleh masuk la kalau bergosip tu.

tapi, sampai satu tahap ni, kawan aku paranoid. fikir dan rasa aku mencuri kawan-kawan dia. fikir yang kalau aku meet up dengan kawan-kawan dia, aku akan bercerita tentang dia. wtf! aku bukan penjaja cerita-cerita. aku tak minat pun nak tau pasal siapa-siapa. it just that i'm happy with my life. dan otak aku yang dah separa benak ni, dah letih nak fikir masalah lain yang ada. jadi aku end up untuk jadi ignorant.

bila aku ignorant, orang keliling aku rasa aku tak ambil berat pasal mereka. tak pernah bertanya apa-apa tentang meraka. bila ada orang tanya-tanya aku si polan tu macam mana, aku loss word. dengan muka macam kerang busok, sengih-sengih, aku jawab je ok. takde penambahan cerita or what so ever.

untuk tak nampak obvious yang aku tak ambil tau pasal hidup si polan ni, aku pun call dan bertanya khabar. i was frustrated to the max bila jawapan adalah "dah kau tak tanya..". come on! mula-mula kau rasa aku sibuk2 dengan life kau. kau paranoid aku curi kawan kau. kau kata aku bercerita pasal kau. lepas tu kau expect aku nak tanya perihal hidup kau pulak ke?apeeeekahhhh???

dah. jangan la nak mess up otak separa benak aku ni. aku takde masa nak broadcast story2. cukup la life aku yang pathetic ni dan life kau yang paranoid.

jadi aku end up untuk jadi seorang ignorant dan tak sayang sangat orang kalau itu yang boleh buat perasaan aku tak penat.