Monday, September 6, 2010

tuhan itu adil

finally, perubahan yang di tunggu selama 3 tahun setengah menjengah tanpa diri bersedia untuk terima. akhirnya, saya bertukar juga kerja. mungkin bertukar kerja perkara biasa. tetapi tidak pada saya. the whole of my daily routine bertukar. hati berat menerima perubahan ini. tapi saya sering positif bahawa penghijrahan itu mesti akan membuahkan sesuatu yang baik. insyaAllah.

dalam pada keseronokan saya keluar dari belenggu bisu itu, saya di duga hebat. kereta rosak, berpindah rumah, mak sakit dan hati masih berbolak balik mahu berhijrah atau bertahan. tuhan kan adil. positifnya, saya berfikir bahawa semua masalah itu adalah peringatan supaya tidak overjoy.

pelbagai statement negatif di dengari,

"kalau tiba-tiba ekonomi down, masak kau D. kena pecat. baru masuk kerja kan.. "

"campus yang baru ni lagi banyak fasiliti, kami convert permenant, tak teruja ke? "

" rugi la cuti 3-4 hari, sana cuti weekend aje"

"task sama ke? if tak sama, rugi besar tu"



hidup ni kan atas pilihan sendiri. terpulang pada diri sendiri untuk menilai dan memilih terbaik untuk diri sendiri. andai pilihan itu, bukan pilihan terbaik, tuhan nak kita belajar supaya lebih tabah dan kuat.

positif lah sikit.

walau pun kerja ini tidak seperti yang di sangkakan, saya masih bersyukur. sekurang-kurangnya, saya keluar dari zon selesa yang semakin hari menghimpit diri. saya culas malas. tak sihat dengan waktu kerja, amat selesa dengan apa yang ada hingga tak nampak diri saya sebenarnya jauh ketinggalan jika di bandingkan dengan rakan-rakan yang lain. lalu saya demotivate, di mana saya punya energy maksima di kala umur begini tetapi masih duduk di takuk yang lama.

tuhan itu adil.

mungkin sekarang waktu saya berhijrah, mungkin juga esok kamu pula. saya hanya perlu moral support kamu. bukan statement unethical and cynical..