Monday, September 29, 2008

di waktu ini.hari esok.

di waktu ini. hari esok adalah hari raya..

pastinya di rumah dah bersiap-siap. bersarapan. pakai baju raya.ready2 nak pegi semayang raya. bersalam-salaman sesama ahli keluarga sebelum pulang ke kampung.

tapi..

tahun ini..
di waktu ini, hari esok, aku masih kat ofis. menanti team mate shift siang datang.
melangut-langut aku tengok jalan yang lengang. tanpa berbaju raya. tanpa perasaan mahu beraya.

di waktu ini, hari esok, aku letih. mana tahu banyak issue di waktu malam. letih otak berfikir langsung mood aku hilang nak beraya.

sesungguhnya..

di waktu ini, hari esok..aku nak cepat-cepat balik beraya. dan makan sedap2. persetankan keje2 ni..

*ahahahha..aku gelak banyak sebab aku dah mengantuk di saat ini*

berakhirnya ramadhan

esok adalah hari terakhir umat islam berpuasa. hari terakhir ni la paling seronok. semua family balik kampung untuk beraya bersama-sama. paling best acara makan-makan di bulan raya ni.
sebut pasal makan, aku teringat beraya bersama arwah wan.
*sob.sob.sob.penulisan terhenti tatkala ini kerana kebanjiran airmata*

kebiasaanya, 2-3 hari befora raya tu aku ngan adik2 dah kene pos balik banting. banting je kampong aku. so tak kecoh nak beli tiket bas lah.

sebab ape kitorg kena pos balik banting?

sebab kena tolong wan kemas umah and tolong dia memasak for the whole family. aktiviti biasa yang paling aku ingat, tumbuk kacang tanah, tumbuk kerisik sampai pecah minyak, kirai daging rebus kasi halus dan buat kuih raya. nampak je keje tu mudah. korang tak tau, arwah wan cerewet skit. kalau bole, kacang tu kene kasi tumbuk saiz dia sama je. adalah diingatkan anda tidak di benarkan sama sekali memakai blender ok.

kirai daging kasi halus ni buat aku jadi emo. nak kasi halus tara mana pun aku tatau. kalau kunyah sendiri pun halus gak nanti masuk dlm perut.ye tak?

tapi arwah wan mempunyai persepsi berbeza dalam hal macam ni. pada dia, rupa paras makanan tu penting. jadi tak nak la kacang tu ada yang hancur ada yang besar. macam tu jugak dgn daging tadi. kalau bole biar sama saiz. kalau dia siang sayur, aku mmg salute abis. sama je panjang or pendek sayur tu.

bila dah semua balik, memang penuh la rumah arwah wan. sampai kan nak tido pun kene booking tempat. tapi tempat tido aku tak yah booking. memang tempat aku tido kat bilik arwah wan. aku bukan cucu kesayangan arwah wan ok. tapi aku memang kene tido dgn dia sebab bilik areah wan tu warm aje. so kurang skit la probability nak kene semput mlm2 tu.
*hik.hik.tapi serius best gilak.selesa ok.dan tiada nyamuk sbb tido dlm kelambu*

paling penat time nak raya ni kaum ibu la.sampai malam raya pun tido lewat. sebab nak siapkan juadah raya.yang anak-anak ni malam je tau main bunga api. syiok woo..sampai batuk2 aku di buatnya kene penangan asap bunga api.mercun lalat paling aku tak suka. sbb mercun ni ikut suke dia je nak terbang mana. silap2 bole masuk kat dlm kain.ngeri siut.

tapi...

ni semua cerita 15-20 tahun yang lepas. dah lama berlalu. hanya lekat kat otak aku je. walaupun aku emo2 kena tolong kat dapur, tapi aku seronok. keseronokan tu baru rasa sekarang. sebab kalau aku tak tolong arwah wan dulu, mungkin aku tak tau menganyam ketupat sampai la ke hari ini. kalau nak tau, kat umah aku tu, aku ngan mama je reti anyam ketupat. yang lain langsung tak tau menahu. bila aku suruh belajar, diorg cakap takpe sbb aku ada. kalau aku takde baru diorg akan belajar. pemalas punya adik.

sesungguhnya...

aku rindu nak beraya di kampung. tapi aku takde kampung.
*waaaawaaaa.penulisan terhenti di sebabkan kebanjiran air mata atas keybod*

sekian..

Wednesday, September 24, 2008

* demam *

mlm semalam berbuka kat kfc dgn yun n mira. yun mai bwk donut from big apple.mcm tau2 je aku craving donut sejak sekian lama. kami lepak2 n bersembang2 as dh lama gile tak hang out bertiga. around 10.30 kfc makin ramai n we decide untuk pulang.


thank you yun untuk donut ni


before tido,muka naik bintat2 mcm kene gigit semut. aku biar aje. lama2 naik 1 muka.tahap gatal tu toksah ckp la. sbb mengantok yg amat aku tertido. tak larat rasanye. tekak semakin sakit plus badan lenguh2.

pagi tu aku bgn sidai baju n bersiap2 utk balik telok. pas siap sidai tu badan makin sakit. aku decide utk baring lama-kelamaan aku ketiduran hingga la ptg. sedar2 dah kul 630.badan panas and kepala pening. haiyaaa.. adekah aku bekerja mengangkat batu mlm kelmarin?keletihan amat mcm bekerja kuat.

lantas bangun dan mandi. sementara menunggu waktu berbuka aku bancuh milo. siap2 aje lps tu aku terus gerak blk telok. mcm jauhh ajeeee..ciss..

lbh kurang jam 9 dah smpai. seee..mmg tak jauh pun.. mama tanya dh mkn ke belom. mcm tau2 aje lom makan. kat dapur ada sate n mee bandung. aku belasah aje sbb dh lapar sgt. pas mkn sembang2 dgn mama n papa. bila sume org dh tido, terasa gatal2 kat muke mcm mlm smlm. tgk2 muka dh bengkak sblh. kaki n tangan pun dh bengkak2. aku takleh tido n dok tergaru2 hingga kul 3.

kul 3.30 aku nekad nk gi klinik 24hrs. nsb kat area umah ni ade klinik 24hrs. pas kejut mama n inform die. sampai klinik tu mmg takde org. nurse kejot doc. lmbt la pulak doc ni bgn.aku dh gatai2 amat nih. solution kpd kegatalan itu, doc kasi injection and ubat demam. balik je aku ketiduran hingga siang. bengkak2 pun surut. yg tinggal hanya demam aja.

cepat la baik demam. saye nak kemas umah dan buat kueh rayeeee...huk..huk..


Monday, September 22, 2008

mira's besday bash

aku ngan bib plan dari last week.rindu nak jumpa geng telor.camane leh dpt nama geng telor?
al-kisah nye bermula few years before masa besday si fitr. kami wat seprais kat fitr.beli kek and celebrate besday dia. time drop off dia kat umah, si cd baling telor kat dia. so dr situ la bermula nye geng telor.

back to the story,so kami set plan utk berbuka pose bersama plus celeb besday mirae skali.a day before tu aku sempat ke nilai.nmpk porcelin cumel aku kire seswai utk mirae as wut i kno mirae sgt suke natang2 porcelin.i only can afford that size only..huhu sori ya ma dear. nk bli yg besar gile tu kene tunggu mirae kawen la..

ahad tu aku keje.so cannot do anything for the day except dtg makan.bib and cd arrive early kat carefour tu.so diorg la yg p cari kek and arrange tmpt bbuka tu.we had our bbuka at kenny rogers carefour.i arrived there at 7.by 630 dh calo from ofc.fit lak dh tersalah info.dia dtg pas magrib which is kitorg dh abes pun makan.fit yg hampir emo telah berjaya d kurangkan oleh kesedapan ayam kenny rogers itu.byk insiden berlaku time nih.tak sure la sama ada we all yg fussy or the service yg bad.

dD : hi.can u clean up the table?
waiter : whut???
dD : ya..clean this table..
waiter : whut?? (sambil muka pelik dahi kerut2)
dD : i said, clean all the mess.the dirty plate. (start nk garang2.rasanya ckp bahasa universal dh tu)
waiter : ok (tarik muka n start clean the table)

menurut cd,waiter nih jd camtu sbb kes sudu before aku dtg. story bole baca kat blog mira.ape la....keje fnb kene tegar beb.

we end up the berbuka puasa tu with celebrate mira's birthday.kenyang bangat perot gwe.kek tu kalo bole mau makan lg rasanya.ade ati gwe nk oder banana split.mau meletop perot.

pas sembang2 aku drop mira kat komuter.ghajin plak minah ni nek komuter.bib blk ngan aku memandangkan aku akan ke s.alam kerna ada undangan melepak di sana.after drop bib kt ss2 aku ke pakli.



di pakli jumpa arai, butet , fahmi, anis dan apeng. sembang sakan dari topik uitm, harga minyak, ptptn hingga la ke topik barang kemas. aku pulang keletihan yg amat..


mereka yg baru nk sms wish besday mira

butet nk eksen die sms wish besday mira jugakk..piirahh butet~!

Friday, September 19, 2008

soping2 di jln TAR

acara soping nih tak plan sbnrnye. tapi dah antar abg kat kl terus aje ke jln TAR. dok call2 cik bib ghupenye dia mmg dh kat sogo.ape lagas terus je siap2 drive smpai klana jaya and park kat lrt klana jaya and naik train. ari cuti camni tayah mimpi la nak drive masok kl.nanti ade je yg lengoh kaki tekan clutch. abg naik komuter ke putra and aku ke bank negara jumpa bib kat sogo.

kat sogo punye la ramai umat sbb sogo ade sale.tapi aku tade mood nk soping arituh sbb ramai sgt.pas bib soping kt sogo we all heading to jln TAR cam kekunon nak cari baju raya la.last2 baju raya x beli sbb amat sesak dan panas. sian nengok budak2 kecik yg parents diorg bawak. dah la panas.sesak lak tu. klau aku jadi diorg tu mau dah beli air anggur tepi jalan tu tauuu. ati gwe bertambah panas pastu decide ngan bib nak balik je. nak balik pun satu hal.q punye la pjg nk beli tiket lrt tu. hangen gwe tauu~!!

nasib dpt seat dlm lrt tu.pastu gi amek keta n gerak ke shah alam. sampai shah alam guling2 sat kat umah bib before gi bazar ramadhan kat ss2. pastu ke sri muda utk berbuka ngan anak buah bib. before tuh dah janji ngan anis so mlm tu we meet up kat kedai kopi utk lepak2.

macam la dah lama sgt tak jumpa diorg nih. byk topik perlu didiskusikan. baguih depa nih memasing ada idea2 tersendiri dan bersetuju akan isu2 yg di sembangkan. wow mcm sembang pasai agenda utk negara je.ciss poyooo. sembang punya sembang jam dh kul 12. gwe perlu make a move pasai sok keja pagi. bib bebel2 sbb takde org keje ari ahad ye.

pas antar bib aku drive balik ke kd sorang. slot2 seram takde time nih sbb perasaan mengatakan bulan pose ni setan2 sume kene ikat. *aku memang pengecut ok.so whut?*

Thursday, September 11, 2008

hari itu hari ahad

hari itu hari ahad. aku berteka-teki sendiri. hati berkira-kira utk bangun tapi apakan daya tubuh culas lagi malas ini mengatasi segalanya. hati berkira-kira mau ke cc mau 'repair' resume yg berkurun tak update sbb ia bakal digunakan utk esok ada interbiu di glenmarie. ala IQ test aje ape ada hal. seketika sms di terima.pantas tubuh yang culas bangun bersiap-siap. penangan sms pantas aja bergerak.

aku ke JJ bkt raja. marathon movie di bulan pose. adoyaiii. cerita babylon yg dh start 15min di sambung dgn zohan. keduanya cerita ringan mengisi masa terluang.


sesudah itu kami ke MPH. aku mencari buku faisal. teringat akan blognya [klik di sini]. teringat cerita "ayat-ayat cinta" yg aku tonton di rumah anis.pantas buku "tunggu teduh dulu" menjadi pilihan hati. apa kaitan ayat-ayat cinta dan tunggu teduh dulu? bole baca review disini. [klik disini].

selesai membeli kami berbuka di nandos. usai berbuka kami pulang ke destinasi masing2. aku ke cc menyelesaikan misi resume sambil berYM dgn mina.

berYM dgn mina membawa kami ke hartamas. melepak di sana. bergosip dan mengupdate sesama sendiri. pose2 pun nak gosip adoyaiii. selesai aje aku pulang ke umah. perasaan bercampur2 dan tak di fahami. ape2 aje la. *tido*


saya tau,satu ari nanti saya perlu time off dari kamu. waktu itu perasaan mungkin beralih dari kasihan kepada kasih. saya butuh waktu lerai kekusutan di minda dan jua hati saya. awal-awal lg perasaan tu dah saya bentuk menjadi biasa dan kering. sekering-kering ia pasti akan berkondisi. saya pohon agar saya tidak perlu time off itu....






melemang dan merendang

dis event has been planned by arai a month before ramadhan. the idea datang bile he came back from melaka for xtvt mendodol.aku ada tengok gambar2 diorg kat multiply apai.

the event start jumaat mlm dgn xtvt membakar lemang. kami tiba di rumah arai around 12 and most of them dh tiba. sampai aje terus ke dapur membasuh kerang dan merebus kerang. xtvt seterusnya masak utk sahur pd pagi tu. dan xtvt di sambung pd tgh hari menyiapkan juadah berbuka. usai berbuka beramai-ramai ke masjid utk terawikh dan seterusnya sesi bergambar seperti hari pertama hari raya.

unfortunately aku terpakse pulang awal bersama yun dan mira. kpd tuan rumah aku mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau tercela santun. jasa baik arai dan sekeluarga di ucapkan ribuan terima kasih. u guys mmg rowksss~!!

gambar tak dpt di rakamkan due to kesibukan di dapur.
gambar2 adalah hakmilik apai - http://carbeast07.multiply.com/.

menyediakan kerang utk di rebus

mereka yg membakar lemang

makan time

beramai-ramai

salam ramadhan

salam ramadhan buat teman2 dan sahabat handai,

maafkan andai ada salah dan silap. semoga ramadhan ini membawa seribu rahmah buat kita semua

cepat betoi masa berlalu. tau2 je dah puasa. awal pose ni tak berkesempatan nak spend masa dgn family. mana taknye, mlm merdeka ari tu dh kena standby.balik pg tu sempat breakfast wit mina, she and nana. mina tukar masuk pagi. kesangapan la mlm sok tanpa gosip dari mina.

sahur 1st day tu bersahur ngan ed and apai. as usual la ali maju tempat dituju. berbuka 1st day tu aje hati dah di runtun sedih. mana taknya, sempat berbuka air dan tamar aje sbb nak masuk keje kol 8. sedih betoi rasanye. cuti yang beberapa ari tu aje nanti akan ke umah arai for event melemang and merendang. tak sempat lagi nak bbuka ngan family..sabar2..memujuk hati yg lara..

cerita semalam

aku tatau la kenape aku hangen satu badan.
hangen makcik tau ngan mamat saiko. mase awai2 die cam asik cari gado sampai mina dok ckp die hubby no 2 aku. apekahhh? mina mmg begitu. sedikit sengal.

back to the story si saiko neh amat la taksubnye pada parti pembangkang. aku mengaku memang aku kurang bab2 politik ni tapi tak bermakna aku tak peka pd masalah sekeliling.
cerita pumpang pumpang akhirnye aku menyampah.

arghhhhhh..ape2 aje la..btoi kata anis "different political ideology divide people".. mmg saje aku kasi satu url ni kat dia nk tgk aksi dia.. akihirnye aku geram sendiri..huh..

rugi..rugi puasa aku ari neh..

i'm a blogger!

im a blogger today!officially wit this blog!
actually blog dah ada lama dah tapi dok edit rupe paras die nih lama-lama aku delete terus.
aku edit lagi content blog ni. ada "makhluk tuhan paling seksi" kata macam nak muntah baca blog ni. dia cakap i'm not so true being myself. ye la.nih aku being true to myself la.

hameeekk..akhirnye jadi gak..syukur~!