Tuesday, December 30, 2008

membilang hari.

aku membilang hari untuk ke hari itu..

life yang sangat pathetic membuak rasa untuk segara ke hari itu..

ada 11 hari lagi.. lambatnye masa berlalu..

aih..

pot pet pot pet

take note ye reader. aku berkerja shif. 12 jam.

hari ini aku sedikit cranky. pasal aku tak cukup tido. hope u understand, enough rest is a must for me to do my work properly.kalau tak, aku akan mengantuk gile dan buat keje pun bole salah2. the worst part is escalation selepas itu la. berjela-jela meeting. aku tak suke.

jadi..

perkara annoying time aku keje malam, ialah kebisingan di siang hari..

dan juga kebebelan orang apabila aku tak angkat call or reply sms for the whole day..

jadi..

sila hentikan bebelan dan omelan..

simpan je..

sebab aku ignorant..aku boleh untuk ignore kamu dek kerana kemeluatan aku pada kamu yang gemar membebel..

ngerti?

Wednesday, December 24, 2008

seronok?

aku jarang sekali dapat menikmati perasaan yang amat seronok. mind set aku kata kalau aku over joy sangat, there must be something bad will happen. telahan ini dah berlaku sepanjang hidup aku.pada aku perasaan seronok juga satu dugaan.

kamu ada rasa begitu?

perasaan seronok 1

aku excited amat untuk bercuti.sudahnya aku sakit beberapa hari sebelum bercuti. sakit yang perlu kamu rely pada rakan.jadi mood percutian aku flat aja.menikmati percutian sambil rasa sakit2. seronok ke?

tak seronok pun.

perasaan seronok 2

aku berdedikasi kerja. (kononnya!)di reward oleh majikan setimpalnya.di reward kerana kerja keras aku.(walaupun tak berapa keras sangat) memperoleh gaji lebih sedikit dari biasa.mampu borong apa saja tapi, tanpa di sangka segelintir rakan sekerja pula rasa i shouldn't get the reward.jadi seronok ke dapat reward tapi kamu hilang kemesraan rakan sekerja kamu?

hello,aku di reward. bukan merewardkan diri. kamu faham? seronok ke?

tak seronok pun.

perasaan seronok 3

aku seronok dengan hobi fotografi ni. job bulan ni boleh tahan juga. (bole tahan penatnye ok!). sepanjang shoot tak banyak problem. payment tak sangkut. customer happy. we did a very good job. tapi part tak seronok, dalam rushing nak deliver album,hard disk crash.lebih aneh, partition simpan gambar saja yang rosak. ya,membeli yang baru bukan masalah. tapi macam mana dengan hasil editing dan gambar untuk deliver pada customer? seronok ke kena marah dengan client?

tak seronok pun.

perasaan seronok 4

aku tenang bila parents aku tak kecoh pasal life aku. maksud aku dalam mencari pasangan hidup. mereka relaks.(tapi tak tau la kalau dalam diam mereka gelabah!).seronok dapat berkhidmat dan bersama mereka tanpa gangguan. seronok drive kan mereka untuk ke mana-mana. seronok spend untuk keperluan mereka walaupun tak banyak. tapi, makcik2 aku yang kecoh. jiran2 juga kecoh. macam kalau aku tak kahwin, mereka mati. lama-lama aku rasa tak seronok bila nak kena drive kan parents aku ke rumah mereka.

kamu seronok ke bila kamu jejak saja ke rumah si polan, soalan pertama adalah bila mahu berkahwin?

seperti soalan "bila mahu berkahwin?" seakan menggantikan soalan "apa khabar?kamu sihat?"

seronok ke soalan begitu?

tak seronok pun..


jadi..
aku dah set minda, tak perlu seronok sangat..
seronok sikit-sikit je..

Tuesday, December 23, 2008

beberapa perkara patut kamu tau setelah bekerja.

ada beberapa perkara yang aku realize sejak bekerja.

1) aku patut saving time blajar2 dulu. bukan kasi licin ptptn.at
the end aku rase perit nak membayar ptptn neh.


2) aku realize mencari duit tak semudah meminta duit.


3) sehari kamu bekerja, kamu patut tau di mana untuk menyimpan
duit dan ke mana duit itu perlu di invest kan. bukan berfikir kat
mana duit patut di habiskan.


4) merancang dan set target di mana kamu perlu end up career path
kamu. bukan sekadar duduk, tunggu gaji dan menanti waktu untuk
pencen.


5) andai ada peluang kerja lebih baik, terus kan. jgn toleh ke
belakang lagi. move on adalah cara utk tidak menjadi katak di bwh
tempurung dan stuck pemikiran di satu tempat aja.


6) bekerja mmg penat. tapi bekerja tanpa menikmati hasil yg di
perolehi lagi penat. jadi, nikmati hasil yg kamu dapat sebaik-
baiknya.

enjoy~!

aku amat malas bekerja di saat ini!

Sunday, December 21, 2008

ruang waktu


kadang-kadang kita lalai melakukan sesuatu yang tak pasti, hingga melupakan sesuatu yang bahagia.

mothering thing

for the first time,mama worried too much psl outstation semalam. mama seems never worry much about me as i use to go anywhere and safely arrive at home in one piece.(syukur,alhamdulillah!)

on that day i called her informing her that im leaving that evening..
she was not worried about the journey actually...my health..or my car..or..or.. or..

she was worrying about..hermm..herm..


takpe la mama.i kno wut i'm doing and when the time has come,i will let go everyting..

no worries k! *sigh*

Tuesday, December 2, 2008

entri tanpe info : aku dan kubikel kejong

rimas aku dgn kubikel kejong neh. bersepah.ade marigold orange.chizi wejes yg riz beli.beg aku
yg tak sempat simpan.segale tisu2 (aku seseme!).rimas.rimas.selamat aku dok dlm kubikel kejong ni.kubikel neh telah menyelamatkan aku dari org tgk meje aku yg sepah ni.tp pemandangan aku aje la limited.


kat AA dulu tade kubikel camni.sama cam kt level 11 dulu.tanpe kubikel,aku bule tgk muke tensi2 kenkwn bekerja.kat AA aku duduk kat depan bos finance.muke tensi jek manjang.baik aku duduk dekat dgn kak mas yg vouge(stewedes yg pregnant.pregnen pun,die tetap hot!) or duduk dengan kak lin (die slalu ofer food..)


jadi, ape tujuan kubikel ni sebenarnye?

privasi kah?

atau utk menyelamatkan diri dari renungan bos yg tajam?

atau utk memudahkan proses surfing internet secare berleluase?


kwn aku kt tingkt 8 tadek kubikel.mereka duduk secare terbuka.open concept.menurut
mereka,apabile jejaka kacak pass by, perasaan mereka mula bergetar,neves...

perlukah?


mereka surfing pun bukak windows sekecil mungkin.takot di terjah bos.walaupun kubikel ini kejong.kubikel mampu menyelamatkan aku dari rekod buruk utk appraisal tahunan. tahun ke-2 bekerja okeh. sambil bekerja sambil surfing. (heppp..diam korang!)


hargai lah kubikel kejong.


syuhh syuhhh mari kemas kubikel.

sekian.