Thursday, January 29, 2009

masa, wang dan kekuatan tubuh

aku teringat pada sepasang wanita dan lelaki tua yang aku temui di tangga ke top of mount bromo.

gigih sungguh. hati aku sekadar berbisik.

even aku sendiri dari sand sea ke tangga tu naik kuda. ha.ha.ha. aku semput beb. sedangkan mereka berjalan perlahan-lahan. mencuba habiskan perjalanan hingga top of bromo itu.

kami sempat berbual-bual. si wanita tua berkata suhunya lebih dingin dari genting highland. sand sea di grand canyon lebih luas dari di sini. tangga di great wall lagi panjang dan capek untuk di daki dari tangga ini.

aku terdiam. mata aku memandang atas hingga ke bawah melihat wanita tua ini. sekejap tadi dia cakap genting highland, kemudian grand canyon dan kemudian great wall of china.

pergh...they been all over the world dan setua itu.

minda aku ke lain. sekejapan tadi aku ada dengar usa dan juga italia. apa agaknya perusahaan mereka di jakarta. oh ya, mereka dari jakarta. datang bersama anak. anak mereka seorang sahaja. hanya menunggu di jeep dan tak mengikut ke tangga bromo.

apa rahsia ibu segigih ini?

oh aku tetiba-tiba bertanya. setiap hari, ibu bangun solat dan berjalan 7km. setiap malam jumaat, ibu bangun bertahajud. es (ais) jangan di minum. makanan berminyak juga perlu kurang. jangan lupa berdoa, pesan si bapak tua. umur bapak 65 tahun.

berjalan 7km setiap hari?

aku memandang mereka lagi. hati aku kata mereka tak menipu. serius.

best nya ada masa, wang dan kekuatan tubuh...

Psss! - ada sesiapa tak nak bagi dana dan tajaan aku gi travel? HE HE HE

No comments:

Post a Comment