finally,dah 6 days kami kat jogja ni. kami bangun awal pagi untuk pegi morning walk lg. jalan- jalan cari kuih. nana nak bakso tapi yg ada bakso tepi2 jalan tu. tak berani lak nak makan situ.
so just jln2 aje. sampai depan 1 hotel ni ada mcm pasar kecik. ramai pulak orang jual2 kat sini. shaf beli beg batik.
eh.bukan dia sorang je. aku, mina and nana pun beli2 gak. last minutes shopping. aku dah takde duit and pinjam rupiah mina. yg ada just utk taxi and airport tax aje. pas tawar-menawar kami pulang ke losmen.
sampai aje terus breakfast kat lobi losmen. layan coffee and roti bakar sapu coklat. sambil2 tu tengok tv show ada band2 indon ni. sedar tak sedar, dah kul 9 am. driver taxi dah sampai pun.
since dah pack barang-barang dari awal lagi, kami just amek je beg bawak ke taxi. rate taxi
Rp 60,000 dari hotel ke airport. on the way tu aku sembang dengan driver taxi tu. kraton and taman sari kat mana. frust betol sbb kraton and taman sari tu blkg maliboro street tu aje. tak jauh. area2 tu jugak.
terdiam kejap. frust tapi masa mencemburui kami. takpe, nxt time.
sampai je airport, terus aje check in. beg mina plg berat skali. beg kitorg semua less than 10 kg. beg dia je dah 11kg. tak tau nak pegi mana. nak lepak cafe, duit mcm surut je. at last aku beli paper daily jogja Rp 5,000. kat luar airport harga Rp 2,500 aje. kat airport jadi mahei plak. shaf and mina sempat lg shoping kerepek2 and teh. aku duduk ngan nana tunggu layan teh buah. pelik lak rasa dia.
lepas byr airport tax, Rp 100,000 , kitorg masuk kat waiting area. pas tunggu jap, terus naik kat plane. at first, usyar stewad...hem hem hem.. aku dok ngan shaf and mina dok ngan nana. sbnrnya aku dok tahan kenceng sbb toilet airport jogja wat aku tak selera nak membuang.
selepas isyarat tali pinggang di padamkan, aku ke toilet. keluar je ada sorg stewad ni tegor. suh dok jap nak sembang. dia tanya2 trip kitorg memandangkan tak ramai passanger time tu. aku and shaf citer2 aje la. lepas dia tengok2 gambar and sembang2, dia kasi kitorg jus 4 kotak. sorg satu bwk balik. service sgt ok. next time kena naik MAS lg!
kami sampai lebih kurang 3 pm. kat luar sgt panas. shaf, adik dia dtg pick up. aku tunggu dek nor and abg amek. mina and nana balik dgn taxi.
end of our trip to jogja..
so next ke mana kita????
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment