Tuesday, July 12, 2011

prektis make perfek



now everybody can fly!

and now, im flying like a G6, like a G6!


Thursday, May 5, 2011

mimpi

Kalau lah mimpi tu tak menyakitkan jiwa. Kalaulah..

Wednesday, May 4, 2011

saya cinta kamu

for the first time kekaseh datang malaysia dah pandai cakap 'saya cinta kamu'.
* pengsan *




all time favorite




gembire! kekaseh, sila datang lagi!

Wednesday, April 20, 2011

think-believe-receive

rupa-rupanya, bukan senang nak jadi lebih senang. bila dah senang tu, tak senang sangat kot. just macam escape dari kesenangan lampau kepada kesenangan masa sekarang. tapi bukan lah macam diibaratkan keluar mulut buaya dan masuk mulut buaya yang lain. tuh dah tanggapan negatif. orang nak senang kena POSITIF, sama macam rezeki murah kalau selalu senyum.

rezeki murah kalau selalu senyum


ape motif kau nak cerita?

nak cerita, arini tersentap pasal orang cakap saya senang dapat kerja. tukar pun company elok. siapa kata senang? hampir melenting ni. mai nak bagitau, hampir 4 tahun saya tunggu. berpuluh-puluh interview saya pergi. bermacam orang saya pass kan resume ni. malu tu takde dalam diri. cuma tak berhenti pergi interview tapi nak pergi interview mesti kena apply kerja dulu kan? kau ingat kau hebat ke tanpa resume tiba-tiba di panggil interview? kau ingat company itu company bapak kau yang punya?

oleh itu, nak bagi sikit tips.

pertama sekali, kena ada rasa rendah diri yang mendalam. kita nak cari kerja bermakna kita bakal menerima arahan dan kena admit, tak semua perkara kita tahu buat. dan tak semua position dalam sesuatu company tu, sesuai dengan personaliti dan skill kita. jadi, kalau tak tau apa yang si interviewer tu tanya, cakap la will try my best to serve and learn. dan niat tu pun kena lah baik sikit. be positive. kalau tak dapat, cuba kaji kenapa tak dapat. mungkin resume salah? tak cukup preparation? tak cukup research? bukan candidate yang sesuai atau personaliti kurang bagus.

kedua, prioritize kan apa keinginan kita. pilih apa main concern kita untuk cari kerja baru ni. sebagai contoh, tak nak kerja shift, nak kerja yang related dengan teknikal aje atau pun nak buat something new tak kisah apa kerja pun, atau nak gaji banyak. atau pun tak nak kerja area KL sebab sesak. tapi ingat, pilih paling anda concern. concern saya, tak nak shift dan di luar kawasan KL dan tak kisah position and field apa pun saya sanggup. you will never know until you try.

ketiga, cari kerja tu jangan limitkan scope pada internet aje. mungkin bole minta tolong kawan-kawan recommendkan, sedara mara ke atau pun cari di surat khabar. surat khabar the star setiap hari sabtu ada banyak vacancy. submit aje resume pada company yang di rasakan sesuai. kalau tak hantar, macam mana orang nak offer keje. set in mind, at least i gain some experience from this interview session.

keempat, research. research ni bukan hanya research pada company yang kita nak kerja aje. try research, scope kerja yang available dan bidang kerja paling laris di pasaran dan apa skill di perlukan dan what is a good quality of being a successful employee? di samping itu, kaji juga, untuk apa kita bekerja? apa yang dikatakan bekerja kerana Allah swt ? kenapa interview session yang dulu ni tak sukses?

kelima, yakin bahawa setiap manusia itu ada di datangkan rezeki cuma masa, lambat atau cepat berdasarkan usaha setiap manusia itu. "Allah tak kan mengubah nasib mereka melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri". "You cannot change you fate, but you can change your attitude". mana tahu, Allah dah tetapkan, dalam 100 kali pergi interview, 99 kali failed, dan kali ke 100 tu rupanya rezeki sampai. jadi, usaha dan terus usaha.

Think - fikirkan apa kemahuan diri, langkah yang patut diambil, usaha yang perlu

Believe - Berdoa dan bertawakal. Percaya bahawa rezeki datang dari Allah dan mesti dapat kalau berusaha kuat.

Receive - dah tahu apa yang dimahukan, berserta dengan usaha kuat, berdoa dan percaya adanya rezeki. Nahhhhhhhhhh, tiba-tiba dapat call, sila laporkan diri pada esok hari jam 8 pagi. dan apa perlu buat? pergi sujud syukur sekarang.


Renung-renungkan, selamat beramal.



Monday, April 18, 2011

the sorrow of cambodia - luggage and airport tax

flight jam 835 waktu siem reap. we were running out of cash. dan tak ingat yang kami tak beli luggage, jadi untuk luggage, usd18 di kenakan. paling tak ingat adalah airport tax. airport tax termahal sepanjang aku travel, usd25. dah la air mineral tak boleh bawa masuk dalam. 3 botol air terpaksa di tinggalkan which we could save usd4.50 untuk air mineral. Grrrrr..

end of the journey to cambodia. the challenge untuk trip kali ini, halal food dan masalah komunikasi di kalangan penduduk tempatan. masalah lain adalah usd usd usd usd usd. Grrrrrrrr.

pengajaran di bawa pulang. bersyukur di mana jua anda berada. bersyukur di besarkan dan di lahirkan di malaysia. dan bersyukur menjadi seorang muslim di malaysia. :)

the sorrow of cambodia - quad bike

hari ke 5 ni sewa basikal berjalan-jalan area siem reap. firstly mesti pergi isi perut dulu. jauh-jauh camni, teringin amat-amat nak makan nasi lemak. tekak melayu memang macam ni. 'D Wau restoran' kami cari sejak tiba di Siem Reap ni. ikutkan internet, terletak di kawasan Hotel Soria Moria. rupanya dah bertukar di Souk Phrom Villa, tepi jalan besar ni aje. owner restoran ni kahwin campur, Champa + Melayu Malaysia.

si minami pagi-pagi makan sambal belacan. motif kan.

dah kenyang nasik lemak terus berbasikal pusing-pusing town. penduduk tempatan banyak naik basikal daripada naik kereta atau motosikal. so takde la pelik sangat kalau kita berbasikal. area SR ni ada banyak pasar, cuma tak tau nama aje. mana yang nampak menarik, kami singgah. dah penat berbasikal, kaki pun lenguh. kami ke spa, scrub kaki usd4 + urut kaki usd4.

gosok sampai puteh

kemudian pergi makan lunch pulak di perkampungan melayu champa. nama restoran ni muslim family restaurant. restoran tidak jauh dari night market dan dari town SR. restoran ini diusahakan oleh ustaz haji musa yang fasih berbahasa melayu. restoran hanya di buka untuk tourist sahaja. kebanyakannnya datang secara berkumpulan dan telah membuat pesanan sebelum datang.

ustaz musa mengalu-alukan sumbangan dan derma untuk membantu orang-orang muslim di SR ni. masjid di hadapan restoran ini, mengambil masa hampir 8 tahun untuk di siapkan kerana kekurangan dana.

masjid naemah.

hampir pukul 3, kami pulang ke guest house sebab berjanji untuk quad bike tour. sampai aje guest house, tuk-tuk dari agent quad bike, dah pun sampai. usai jama' solat, kami bergerak ke kawasan untuk menaiki quad bike.

febian, si lelaki perancis, owner quad bike ni, memberi penerangan dan tunjuk ajar menaiki quad bike. selesai tunjuk ajar, kami di beri test sebelum membawa quad bike kami sendiri. perjalanan sejauh 20km melalui denai kecil dan jalan tak berturap, agak menguji kemampuan kami supaya tidak masuk ke dalam anak sungai dan parit.

sepanjang jalan, kelihatan penduduk kampung sibuk menjalankan aktiviti masing-masing. si anak kecil yang comot bermain-main lecak dan tali air tanpa rasa ragu. mereka berlari-lari sambil menyapa 'hello,hello,hello' ketika kami melalui hadapan kediaman mereka.

sunset hates us

kelihatan tiada rumah berdinding batu. rata-rata berdinding nipah. apabila malam tiba, hanya lampu pelita menerangi rumah mereka. nasib kami kurang baik, menjelang senja hujan turun selebatnya. bertawakal melalui denai kecil di tengah sawah padi untuk pulang ke tempat quad bike ini. di bekal kan baju hujan, kami berhenti memakai baju hujan sebelum meneruskan perjalanan pulang.

akhirnya sampai walaupun basah tetapi selamat dan hati puas!.



Monday, April 11, 2011

the sorrow of cambodia - angkor wat

pagi-pagi buta dah bangun duduk tercongok depan guest house. si budak Kuc, yang janji semalam tak datang. si tukang ambil di stesen bas semalam, datang offer diri tour ke angkor wat. merengus marah kerana tak berjanji dengannya, lagi murah katanya. ala beza usd1 je, kau buat muka pula ye.

tak kisah la, kami dah lewat ni. nanti confirm ramai orang. angin sejuk terasa sepanjang perjalanan ke sana. kelihatan ramai pula yang naik basikal. tapi keadaan gelap macam ni. ada pula yang tak sampai angkor wat nanti. sampai aje di enterance, kena beli tiket masuk untuk satu hari, usd20. jangan lupa senyum ketika ambil gambar, walaupun tak mandi pagi.

jauh sangat ni.

selepas periksa tiket, dengan tuk-tuk masuk ke area angkor wat. kelihatan ramai menanti sun rise. "selamat pagi" kami di sapa oleh singaporean semalam datang membawa kopi. mereka rushing sebab nak balik ke PP then ke silhounukville.

buat-buat berani ni amek gambar ni. hanjeng byk kat sini. dem betul.

gayats nims

luas tak abeh round


angelina jolie been here!