dah kenyang nasik lemak terus berbasikal pusing-pusing town. penduduk tempatan banyak naik basikal daripada naik kereta atau motosikal. so takde la pelik sangat kalau kita berbasikal. area SR ni ada banyak pasar, cuma tak tau nama aje. mana yang nampak menarik, kami singgah. dah penat berbasikal, kaki pun lenguh. kami ke spa, scrub kaki usd4 + urut kaki usd4.
gosok sampai putehkemudian pergi makan lunch pulak di perkampungan melayu champa. nama restoran ni muslim family restaurant. restoran tidak jauh dari night market dan dari town SR. restoran ini diusahakan oleh ustaz haji musa yang fasih berbahasa melayu. restoran hanya di buka untuk tourist sahaja. kebanyakannnya datang secara berkumpulan dan telah membuat pesanan sebelum datang.
ustaz musa mengalu-alukan sumbangan dan derma untuk membantu orang-orang muslim di SR ni. masjid di hadapan restoran ini, mengambil masa hampir 8 tahun untuk di siapkan kerana kekurangan dana.
masjid naemah.

masjid naemah.hampir pukul 3, kami pulang ke guest house sebab berjanji untuk quad bike tour. sampai aje guest house, tuk-tuk dari agent quad bike, dah pun sampai. usai jama' solat, kami bergerak ke kawasan untuk menaiki quad bike.
febian, si lelaki perancis, owner quad bike ni, memberi penerangan dan tunjuk ajar menaiki quad bike. selesai tunjuk ajar, kami di beri test sebelum membawa quad bike kami sendiri. perjalanan sejauh 20km melalui denai kecil dan jalan tak berturap, agak menguji kemampuan kami supaya tidak masuk ke dalam anak sungai dan parit.
sepanjang jalan, kelihatan penduduk kampung sibuk menjalankan aktiviti masing-masing. si anak kecil yang comot bermain-main lecak dan tali air tanpa rasa ragu. mereka berlari-lari sambil menyapa 'hello,hello,hello' ketika kami melalui hadapan kediaman mereka.
kelihatan tiada rumah berdinding batu. rata-rata berdinding nipah. apabila malam tiba, hanya lampu pelita menerangi rumah mereka. nasib kami kurang baik, menjelang senja hujan turun selebatnya. bertawakal melalui denai kecil di tengah sawah padi untuk pulang ke tempat quad bike ini. di bekal kan baju hujan, kami berhenti memakai baju hujan sebelum meneruskan perjalanan pulang.
akhirnya sampai walaupun basah tetapi selamat dan hati puas!.

No comments:
Post a Comment