Sunday, August 15, 2010

wang hanyalah kertas


ayat yang sangat lame untuk sedapkan hati untuk saye yang tak berduit

=_=

Tuesday, July 20, 2010

Monday, July 12, 2010

mencari kerja juga bagai mencari jodoh



"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Monday, May 10, 2010

baby baby baby ooOoooOooo


@ pine tree hill


Sunday, April 25, 2010

prektis

seorang ofis mate i tengah pregnant anak ke-3. anak pertama dan kedua beliau dilahirkan melalui ceasaran. jadi, anak ke-3 ini, beliau berhasrat untuk melahirkan secara normal. i hanya mampu jadi pendengar aje. tiada pengalaman dan tiada ilmu kelahiran bayi ini. boleh di katakan i hanyalah invisible di situ kerana yang lain-lain telah berkeluarga dan berpengalaman.

abang super power : kau dah check doktor ke ko boleh beranak normal?

akak beranak 3 : sudah. dokter cakap boleh. awal-awal ni, doktor advise suruh 'main' selalu..

abang super power : betul la tu. semua anak aku normal. aku selalu 'main'..

akak beranak 3 : aih, jenuh ler. letih kot awal-awal ni. takkan nak 'main' sokmo..

si-didi-invisible : (main ape?)

abang super power : ko jangan buat muka stone D. ko prektis nanti 'doggie-doggie'..senang beranak.

si-didi-invisible : erk..



prektis doggie? macam boleh prektis malam ni pun!

eh!!! HAAAA?? ok bye


Tuesday, April 20, 2010

korang ada cita-cita?

sampai sekarang aku tak pasti apa cita-cita sebenar. dulu masa darjah 1, cikgu suruh isi satu kad kaler biru, butiran diri dan ada juga pasal cita-cita. aku naik muak pasal setiap tahun mesti cikgu tanya. sedangkan sampai sekarang takde cita-cita.

antara kerjaya famous jadi pilihan, kerjaya yang kita selalu nampak, seperti doktor, cikgu, nurse, pilot. first year sekolah, aku pilih doktor, cikgu dan pramugari. cita-cita tak mahu kalah kan. bajet lawa macam supermodel la nak jadi stewardess tu. ntah macam mana boleh terfikir nak jadi stewardess pun aku tak pasti. aku rasa pasal jiran pakcik aku stewardess, dan dia amat seksi serta berkaki runcing, dan senyuman manis sekali, lalu set cita-cita mahu jadi stewardess.

jap, dah jadi stewardess baru senyuman jadi manis? ok, pemikiran cetek masa ini.

second year, cikgu tanya lagi. ok kali ni, aku pilih nurse, cikgu dan pekerja kilang. kenapa cita-cita menurun? dari doktor ke nurse dan dari stewardess ke pekerja kilang? oh mungkin banyak kilang di bina di sekitar telok dan kerjaya doktor kena berani bedah mayat. aku penakut banyak. ok, ada kemajuan, boleh berfikir sikit time ni.

third year pula, cikgu tanya lagi. kali ini aku pilih bomba, polis dan tentera. kenapa? time ni dah pandai usyar abang pengakap dan pbsm. cool jugak ada boyfriend berpakaian uniform kan. boleh kahwin bawah pedang dan pergi kerja pakai uniform sama-sama. so sweet!

nampak sangat cita-cita di pengaruhi keadaan sekeliling dan maklumat yang kita dapat di sekeliling kita.

as time flies, tak satu cita-cita pun tercapai kerana telah masuk belajar IT. takkan nak pergi bedah orang kot. bedah pc pun terkial-kial. takkan tiba-tiba nak jadi lawyer pulak? mak kata rugi degree kamu. nak bayar ptptn sekarang pun jenuh.

kenapa apa yang kita belajar menentukan kerjaya kita? tak boleh ke, kalau belajar IT tapi nak jadi nurse. atau belajar medic tapi nak kerja peguam. atau belajar account tapi nak jadi programmer?

TAK BOLEH KE? KENAPAAAAAAA?

apa cita-cita korang?

aku tag siapa-siapa yang baca.
cepat siap kerja sekolah sekarang. eceh rasa nak jadi cikgu pulak.



Sunday, April 18, 2010

2rd gen family pak usop


hello world! im mohamad shafiq fikri!

budak ni sekarang dah 5.2kg, setelah 3 bulan. seingat aku time lahir dulu 2.6kg aje. minggu depan nak balik perak dah. tinggal la bau kepam susu si mamat ni kat umah atok. nampak tak bantal kaler biru ada sheep banyak tu? bajet kena kira baru boleh tidor. tapi mamat ni kena 'candu gantung' 5 minit aje terus lelap. tak payah kira sheep dah. muka adalah sebijik macam mak dia masa kecik. warna kulit kami adalah berbeda. kalau aku bawak pergi klinik dan pegang dia, aku adalah seperti bibik dari tanah seberang.

motif kau puteh sangat? jeles ok.


ohh man! - gambar adelah curi dari fb mak dia.