Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

korang ada cita-cita?

sampai sekarang aku tak pasti apa cita-cita sebenar. dulu masa darjah 1, cikgu suruh isi satu kad kaler biru, butiran diri dan ada juga pasal cita-cita. aku naik muak pasal setiap tahun mesti cikgu tanya. sedangkan sampai sekarang takde cita-cita.

antara kerjaya famous jadi pilihan, kerjaya yang kita selalu nampak, seperti doktor, cikgu, nurse, pilot. first year sekolah, aku pilih doktor, cikgu dan pramugari. cita-cita tak mahu kalah kan. bajet lawa macam supermodel la nak jadi stewardess tu. ntah macam mana boleh terfikir nak jadi stewardess pun aku tak pasti. aku rasa pasal jiran pakcik aku stewardess, dan dia amat seksi serta berkaki runcing, dan senyuman manis sekali, lalu set cita-cita mahu jadi stewardess.

jap, dah jadi stewardess baru senyuman jadi manis? ok, pemikiran cetek masa ini.

second year, cikgu tanya lagi. ok kali ni, aku pilih nurse, cikgu dan pekerja kilang. kenapa cita-cita menurun? dari doktor ke nurse dan dari stewardess ke pekerja kilang? oh mungkin banyak kilang di bina di sekitar telok dan kerjaya doktor kena berani bedah mayat. aku penakut banyak. ok, ada kemajuan, boleh berfikir sikit time ni.

third year pula, cikgu tanya lagi. kali ini aku pilih bomba, polis dan tentera. kenapa? time ni dah pandai usyar abang pengakap dan pbsm. cool jugak ada boyfriend berpakaian uniform kan. boleh kahwin bawah pedang dan pergi kerja pakai uniform sama-sama. so sweet!

nampak sangat cita-cita di pengaruhi keadaan sekeliling dan maklumat yang kita dapat di sekeliling kita.

as time flies, tak satu cita-cita pun tercapai kerana telah masuk belajar IT. takkan nak pergi bedah orang kot. bedah pc pun terkial-kial. takkan tiba-tiba nak jadi lawyer pulak? mak kata rugi degree kamu. nak bayar ptptn sekarang pun jenuh.

kenapa apa yang kita belajar menentukan kerjaya kita? tak boleh ke, kalau belajar IT tapi nak jadi nurse. atau belajar medic tapi nak kerja peguam. atau belajar account tapi nak jadi programmer?

TAK BOLEH KE? KENAPAAAAAAA?

apa cita-cita korang?

aku tag siapa-siapa yang baca.
cepat siap kerja sekolah sekarang. eceh rasa nak jadi cikgu pulak.



Monday, March 22, 2010

tag tag tag

tag ni dari sister cyana

1) Adakah anda rasa anda hot?
Hot is subjektif. sila isi tempat kosong.

2)Upload gambar kegemaran anda.

gambar di ambil oleh jim during trip to jogja. looking at window boleh nampak 3 peak of gunung. tapi hanya mampu naik 1 gunung aje kerana weather kat sini dem cold!

3) bila kali terakhir makan pizza?
tak ingat ler plak. tapi pizza bukan feveret ai.

4) lagu terakhir anda dengar?
tick tock by keisha

5) apa yang anda buat selain menjawab tag ini?
ceting

6) selain nama sendiri anda di panggil apa?
didi, mak ngah, didi angah

7) tag lagi 8 orang
suka hati hangpa la nak buat pung.

soklan lain takleh jawab. sekian.

Wednesday, February 25, 2009

TAG 1 - tag from yun

Tag : Things I Can't Stand
Rule: 5 things I can't stand

1. Gangguan ketika tidur - segala bunyi2 yg membencikan.

2. Bila aku berusaha keras mendapatkan sesuatu, kemudian orang tak puas hati, dan ada pulak usaha menjatuhkan aku. Orang seperti ini, pls stay away from me, i hate u!

3. Orang yang treat aku as their back up plan dia aje. Tak kira la plan hidup dia or even plan tengok wayang sekali pun.

4. Tak leh tahan kalau takde jus oren..boleh? Hanya ngan jus oren aje, perot ku stabil. Yaww.

5. Keadaan terlalu terdesak, mendesak dan di desak - takleh fikir dengan tenang dan waras wooo.