Sunday, April 25, 2010

prektis

seorang ofis mate i tengah pregnant anak ke-3. anak pertama dan kedua beliau dilahirkan melalui ceasaran. jadi, anak ke-3 ini, beliau berhasrat untuk melahirkan secara normal. i hanya mampu jadi pendengar aje. tiada pengalaman dan tiada ilmu kelahiran bayi ini. boleh di katakan i hanyalah invisible di situ kerana yang lain-lain telah berkeluarga dan berpengalaman.

abang super power : kau dah check doktor ke ko boleh beranak normal?

akak beranak 3 : sudah. dokter cakap boleh. awal-awal ni, doktor advise suruh 'main' selalu..

abang super power : betul la tu. semua anak aku normal. aku selalu 'main'..

akak beranak 3 : aih, jenuh ler. letih kot awal-awal ni. takkan nak 'main' sokmo..

si-didi-invisible : (main ape?)

abang super power : ko jangan buat muka stone D. ko prektis nanti 'doggie-doggie'..senang beranak.

si-didi-invisible : erk..



prektis doggie? macam boleh prektis malam ni pun!

eh!!! HAAAA?? ok bye


Tuesday, April 20, 2010

korang ada cita-cita?

sampai sekarang aku tak pasti apa cita-cita sebenar. dulu masa darjah 1, cikgu suruh isi satu kad kaler biru, butiran diri dan ada juga pasal cita-cita. aku naik muak pasal setiap tahun mesti cikgu tanya. sedangkan sampai sekarang takde cita-cita.

antara kerjaya famous jadi pilihan, kerjaya yang kita selalu nampak, seperti doktor, cikgu, nurse, pilot. first year sekolah, aku pilih doktor, cikgu dan pramugari. cita-cita tak mahu kalah kan. bajet lawa macam supermodel la nak jadi stewardess tu. ntah macam mana boleh terfikir nak jadi stewardess pun aku tak pasti. aku rasa pasal jiran pakcik aku stewardess, dan dia amat seksi serta berkaki runcing, dan senyuman manis sekali, lalu set cita-cita mahu jadi stewardess.

jap, dah jadi stewardess baru senyuman jadi manis? ok, pemikiran cetek masa ini.

second year, cikgu tanya lagi. ok kali ni, aku pilih nurse, cikgu dan pekerja kilang. kenapa cita-cita menurun? dari doktor ke nurse dan dari stewardess ke pekerja kilang? oh mungkin banyak kilang di bina di sekitar telok dan kerjaya doktor kena berani bedah mayat. aku penakut banyak. ok, ada kemajuan, boleh berfikir sikit time ni.

third year pula, cikgu tanya lagi. kali ini aku pilih bomba, polis dan tentera. kenapa? time ni dah pandai usyar abang pengakap dan pbsm. cool jugak ada boyfriend berpakaian uniform kan. boleh kahwin bawah pedang dan pergi kerja pakai uniform sama-sama. so sweet!

nampak sangat cita-cita di pengaruhi keadaan sekeliling dan maklumat yang kita dapat di sekeliling kita.

as time flies, tak satu cita-cita pun tercapai kerana telah masuk belajar IT. takkan nak pergi bedah orang kot. bedah pc pun terkial-kial. takkan tiba-tiba nak jadi lawyer pulak? mak kata rugi degree kamu. nak bayar ptptn sekarang pun jenuh.

kenapa apa yang kita belajar menentukan kerjaya kita? tak boleh ke, kalau belajar IT tapi nak jadi nurse. atau belajar medic tapi nak kerja peguam. atau belajar account tapi nak jadi programmer?

TAK BOLEH KE? KENAPAAAAAAA?

apa cita-cita korang?

aku tag siapa-siapa yang baca.
cepat siap kerja sekolah sekarang. eceh rasa nak jadi cikgu pulak.



Sunday, April 18, 2010

2rd gen family pak usop


hello world! im mohamad shafiq fikri!

budak ni sekarang dah 5.2kg, setelah 3 bulan. seingat aku time lahir dulu 2.6kg aje. minggu depan nak balik perak dah. tinggal la bau kepam susu si mamat ni kat umah atok. nampak tak bantal kaler biru ada sheep banyak tu? bajet kena kira baru boleh tidor. tapi mamat ni kena 'candu gantung' 5 minit aje terus lelap. tak payah kira sheep dah. muka adalah sebijik macam mak dia masa kecik. warna kulit kami adalah berbeda. kalau aku bawak pergi klinik dan pegang dia, aku adalah seperti bibik dari tanah seberang.

motif kau puteh sangat? jeles ok.


ohh man! - gambar adelah curi dari fb mak dia.


Sunday, March 28, 2010

ah kerja

im having a crucial time dengan work. ah sangat disaster pasal 3 people resigned dan aku kerja sampai tak jumpa orang. asking me out?nahhh not dis time friend. hanya fikir mahu balik dan tidur aje.

thinking about resigning?
always! tapi tuhan telah tetapkan rezeki setiap manusia itu berbeza-beza and sabar is my best friend now.

thinking about increment?
nahhh, dont dare to think! dah lama pun freeze.

thinking about bonus?
oh ini memang takde, seperti bayi lahir tanpa tali pusat.

kenaikan pangkat?
i kena mandi clorox ataupun mandi minyak untuk menjadi sekufu baru boleh fikir naik pangkat.

kerja saya banyak?
stended kerja memang tak pernah habis. tak faham ke?

orang di luar sane yang ada increment 5 percent aje, dapat bonus separuh bulan tapi kerja bertimbun, ada peluang naik pangkat tapi mahu tolak or masih memikirkan, rezeki kamu di situ.
terima kasih tuhan!

ohh man! : abe jijo, mari kita gulingkan kampeni EMBRIO neh!

Monday, March 22, 2010

tag tag tag

tag ni dari sister cyana

1) Adakah anda rasa anda hot?
Hot is subjektif. sila isi tempat kosong.

2)Upload gambar kegemaran anda.

gambar di ambil oleh jim during trip to jogja. looking at window boleh nampak 3 peak of gunung. tapi hanya mampu naik 1 gunung aje kerana weather kat sini dem cold!

3) bila kali terakhir makan pizza?
tak ingat ler plak. tapi pizza bukan feveret ai.

4) lagu terakhir anda dengar?
tick tock by keisha

5) apa yang anda buat selain menjawab tag ini?
ceting

6) selain nama sendiri anda di panggil apa?
didi, mak ngah, didi angah

7) tag lagi 8 orang
suka hati hangpa la nak buat pung.

soklan lain takleh jawab. sekian.

Tuesday, March 2, 2010

tak semua manusia di cetak dari mesin yang hasilnya mesti sama

have u ever crossed in your mind, apa jadi kalau hidup setiap orang tu minat dan kegemaran sama?macam mempunyai minat sama, hobi sama, makanan kegemaran sama, suka warna yang sama dan segala benda di dunia ni sama. contohnya, semua orang suka kaler hitam, semua orang suka minum teh ais, semua orang suka duduk rumah apartment, semua orang suka kereta mercedez atau semua orang suka lelaki muka macam brad pit atau suka perempuan seperti kate moss. aiyooo, i yang tak berapa kate moss ni macam mana la pulak kan.

lepas tu, semua orang dalam dunia suka bercuti ke pantai morib dan tak suka pergi sg. gabai yang ada tangga banyak. mau jalan jem setiap hari cuti dan jalan jem sampai klang. pastu mau i dari kecik sampai besar tak merasa pergi pantai morib sebab bapak tak nak bawak pergi morib sebab bapak tak suka jalan jem.

boring kan?

sebab tu tuhan jadikan manusia dengan pelbagai minat dan keinginan. if i choose untuk menyusahkan diri dengan hiking dan camping dalam suasana serba kekurangan, takde sumber letrik, tempat berak yang di tutupi dengan kain guni, salin baju celah batu, makan dan minum dengan bekas share dengan orang tak gosok gigi, kena gigit nyamuk dan pacat, dengan perasaan seperti ada antoo berjalan sebelah i tiap malam, tidur dalam khemah sempit-sempit beralas akar-akar kayu dan minum air cedok dari sungai walaupun tau air mungkin dah kena kencing atau berak orang lain, ini jalan yang i pilih, tak perlulah pertikaikan.

i tak kisah pun kalau sesiapa suka pergi shopping complex tengok apa latest handbag design, nak pakai baju harga sama dengan handbag dia, looking for famous label, suka high heel walaupun
terpaksa jalan kengkang kat rumah, nak pakai bra dan panties kaler sama demi kepuasan memakai. tak pun, ada minat suka tengok konsert, semata-mata fly ke singapore for the sake nak tengok muse atau paramore. atau pun suka pergi vacation kat bangkok duduk hotel hard rock, tak tour bangkok pun tapi keluar pergi tengok apon naked, itu pun mereka cakap travel paling adventure. serius, i memang tak kisah. konsep hidup kita, manusia tak di cetak dari mesin dan hasilnya mesti sama. tak semua orang ada minat yang sama dan mereka ada reason tersendiri.

entry ini adalah untuk menjawab kepada persoalan di bawah :-

mamat blaaabblaaa : hey, how's life?
ai-lah : good. im good!
mamat blaaabblaaa : good? hobi panjat-panjat bukit, gunung, tu u cakap good? sure ke?
ai-lah : wtf, sure lah.
mamat blaaabblaaa : AHAHAHAHAHHA sure ke?
ai-lah : kau sotong, memang lah!! bye!




Thursday, February 25, 2010

tak mau emo tapi bole emo





hey d, kat pantai dalam tu ada pantai eh? cantik tak?