Wednesday, February 17, 2010

tak update fesbuk tak bermakna takde life



miss kiah kembang
is at kopitiam bangsar south bersama kekasih

pak mat telo is watching halimah jongang at astro

kak jenab is happy mr hasben belikan kerusi baru

abe semat happy bos takde kat office. sekarang boleh keluar ngular

makcik timah sedang tunggu lori ikan sampai sampai

cik mah gembira dapat bunga sempena valentine.

she-married-to-the-rich is looking for new design of LV or coach



ok fine. korang aje ade life.

Monday, February 15, 2010

Monday, February 8, 2010

rumah susun

aku rasa setiap penyewa rumah menghadapi masalah yang sama. tak kira la masalah dengan tuan rumah atau pun dengan sesama penyewa. kalau kumpul-kumpul cerita, mesti masalah sama.

dari zaman belajar, aku dah duduk rumah susun ni atau rumah bertingkat-tingkat. tak kira la kondo, apartment tau flat sekali pun. masa belajar dulu, takde duit sangat. jadi duduk pun ramai-ramai dalam satu rumah. dah duduk ramai-ramai ni, kena la share barang-barang. nak makan pun, beli barang, masak sama-sama. stended la student, makan lauk sardin dengan telur dadar pun aku rasa mewah. kerenah yang tak tahan tu, kalau housemate tak kena dengan selera dia. ada je nak komen. tapi tak nak pulak tolong sama. tu belum part, beli sabun. kadang-kadang selambe sabun basuh, sabun mandi pun nak rembat. perangai takleh tahan pemalas nak buang sampah. boleh je hidung masing-masing tak bau apa-apa.

dah start kerja, aku sewa di apartment kat kd. kali ni aku sewa bilik. konsep sewa bilik ialah buat hal masing-masing. kadang-kadang makan pun nak dalam bilik. mula-mula tu aku tak biasa jugak. tapi lama-lama dah biasa pasal bila balik, ada lelaki lepak kat hall rumah. aku fikir, kau dengan hal kau. aku dengan hal aku. dat's it. housemate aku ni, rajin masak. tapi tak rajin nak mengemas. dia siang ayam ngan ikan tapi sampah tu tak buang sampai la ada ulat-ulat keluar, rumah bau macam tong sampah, baru la sedar nak buang. itu pun kalau dia sedar. kalau dia tak sedar memang muka ni jugak lah yang buang.

lepas tu aku pindah rumah yang lain pasal housemate aku dapat kerja tempat lain. housemate baru ni pun buat konsep sama. no such sharing no caring. time bulan puasa, kitaorang kena queue nak guna dapur. amek turn masak pastu berbuka dalam bilik masing-masing. kelakar kan? tapi itu lah yang berlaku. aku tak kisah sangat pasal aku tak duduk rumah. cuti 3-4 hari je aku balik. tapi kalau aku balik, seriau jugak aku tengok rumah. dengan habuk seinci dua kat hall, nasi basi dah sampai takde warna dalam periuk tu, sampah sampai melimpah-limpah di tambah lagi toilet yang macam tandas awam. kadang-kadang aku wonder, aku tinggal dengan manusia ke dengan hantu eh? pada hal masing-masing ada pergi balik kerja. busy sangat ke sampai perkara-perkara macam tu berlaku depan mata pun tak nampak?

gambar hiasan

tu belum lagi time aku kat sabah, owner call suruh pindah esok ASAP. memang babih tau. owner bagitau, kitorg tak bayar sewa 9 bulan. aku tanya akak yang handle pasal ni, dia bagitau bos dia tak bayar kat owner tu sebab duit rumah bos potong dari gaji dia. so aku sebenarnya menyewa kat dia bukan kat owner. mana aku nak cari duit untuk 9 bulan tu!!!!! last-last kami move out dan akak tu janji dia depositkan rumah baru tu nanti. nasib baik rumah atas ada kosong. aku pindah sana pulak.

tu belum bab bayar bil lagi. masa awal-awal masuk, housemate aku ni yang deal dengan tuan rumah, dia bagitau, setiap bulan masuk aje duit kat dia nanti dia settle kan segala bil. so, aku pun buat seperti yang disuruh sebab aku malas nak fikir walaupun sebenarnya aku was-was. satu hari, aku balik, takde letrik! nasib baik bilik aku ada lilin aromateraphy tuh. takde la aku dok dalam kegelapan. akak tu bagitau letrik kena potong. dia tak sempat pergi bayar. watehek kan, 3 bulan tak bayar la tu. pastu dia suruh aku settlekan. aku bagitau esok aku kerja maybe lusa aku pergi settlekan. kat ofis, dia sms aku tanya2. aku hilang sabar. malam tu aku nekad tak balik dan tidur umah ema. dia sms tanya aku balik ke tak. pasal takut tinggal sorang dalam gelap. ada aku kesah? esok baru settle tu pun aku pergi bayar kat kepong, nearest tnb branch. aku suh depa bayar sekali dengan duit petrol + duit aku belanja kawan aku kfc sebab dia teman aku pergi bayar bil tu. puas hati sikit.

end of 2008, aku dah tak tahan. rumah yun kat kerinci ada kosong. pulak tu lagi dekat dengan ofis, ada lrt nak pergi kerja. aku decide untuk move out even akak tu bising-bising suruh cari replacement. dugaan tuhan memang tak pernah berakhir, masalah tetap datang cuma tak sebanyak sebelum ni. di rumah kerinci ni, macam biasa, takde orang nak buang sampah, takde orang nak mengemas dan basuh toilet, yang paling tak tahan, manusia sellfish tau guna barang orang tapi tak tahu jaga.

mesin basuh utk basuh baju yg banyak ye yuolls. bukan selai dua.

aku bengang pasal washing machine, penyidai kain aku beli dari rumah lama. aku beli untuk keperluan aku. tapi kalau orang tak reti jaga atau mempertikaikan apa-apa, aku jadi sakit hati. kalau takde duit nak beli, guna elok-elok. kalau setakat baju sehelai dua, kau tau mana patut kau basuh. kalau toilet dah kotor, kau tau apa patut buat. kalau sampah dah melimpah, kau tau mana nak buang. hidup ni simple tapi kalau tak boleh nak atur hidup memang sampah la hidup kau tu! terhapus azam baru tak mau marah-marah. bye nak tengok tasbeh cinta.

Tuesday, February 2, 2010

hi, i'm 27, nice to meet you!

syukur, umur i menginjak satu lagi angka malah berat badan juge. herm herm herm.

di muka buku beberapa hari ni, wish dari rakan taulan dan family meriah betul. mentang-mentang ada reminder di sebelah kanan, baik kau jujur adakah kau really mengingatinya atau kerana reminder itu? kalau tak ingat tak ape, tapi warga wilayah jangan rajin plak nak pi kerja. i dah kasi cuti, itu aje. ;-D. btw guys, really appreciated that even tho i cakap kat yun, i appreciate no wish and celebration. hahaha poyo ciut.

seperti tahun-tahun lalu, i ada berbagai-bagai permintaan. i mahu kerja baru, gaji baru, kereta baru, perut kurus, kekasih baru, suami baru dan kehidupan baru. ok bye~

Sunday, January 24, 2010

anak sedare

i banyak anak sedara sekarang. twins baru keluar few days lepas, sorang keluar last few weeks dan bakal menanti seorang lagi next month. atok dan nenek memang happy bangat. secara otomatik duit raya pun bertambah tahun ini. haiya~

untuk famili i, atok la sangat excited. asik nak pi tengok si mohamad shafiq fikri kat taiping tu. tok wan dia pulak, asal i nak keluar pi shoping, pesan kain, pesan baju, pesan besen, pesan kekabu, even dak shafiq tak balik sini lagi. haiya, mangah memang kayo. makcik kan kayo. pesan aje ye tok wan, sat lagi mangah pi cop cap agung kat kertas kaler purple.

Monday, January 11, 2010

hello 2010

walaupun sudah hari ke 12, rasa macam semalam masuk 2010. nampai sangat ai tak kisah. tapi apa jadi dengan tahun 20++ yang dah sedekad berlalu? oke, mari kita tinjau.

2000
ai baru abes SPM. skema maut seperti baru keluar dari perut ibu. sehari lepas SPM dah disuruh ke kelas memandu. time ni cuti, jaga adik. meroyan seperi tarzan dan bibik setiap ari.

2001
masih keliru, nak masuk kolej kah, uni kah, kahwin kah. akhirnya, course komputer pilihan bapak yang terima ai masuk belajar. ai mahu ambil art time tu. *khayalan aje* nak masuk belajar byk tul dugaan. kena samun. ada ke surat tawaran dengan waran ptptn ai diorg amek. bajet leh masuk u la kalau dapat surat tu. tahpape.first year agak cemerlang dan tahap sosial adalah 3 bintang. title adalah it's complicated with HAHAHA.

2002
tahun ke dua belajar, sedikit tak cemerlang. pergi kuantan berjimba-jimba takut kantoi, tidur kat tc kat dalam kereta.bekas skandal bertemu cinta sejati lalu terjumpa dia tengah date di tepi pantai. hati remuk rendam sikit tapi masih cool. ai sambung short course di arau. bertemu semula skandal kat mat jiw. ok, fine sekarang jugak set "move on". result adalah super duper cemerlang. sudah pandai main photoshop time ni. title adalah kecewa dan belum move on kerana skandal dah berpunya.

2003
tahun akhir, pelajaran seperti tahi sebab ada subjek account. account hates me seriously. praktikal di kilang jepun. setiap hari datang dan balik ada loceng berdering seperti sekolah kerinchi. akhirnya, berjaya grad on time. berusaha sambung degree, walaupun terpaksa merayu .kejiwaan sikit sebab kawan-kawan sekolah mat jiw sorang-sorang pergi oversea. ai seberang sungai pun idak.

2004
masuk degree dapat course bosan tapi belajar aje, as long as ada duit hidup mesti happy. gaduh dengan housemate kaw-kaw. leceh dapat kawan macam ni sampai mati ai ingat. cuti 3 bulan ai pergi kerja. in relationship sama officemate. relationship terputus kerana ai tipu dah tamat belajar, rupa-rupanya masih belajar. ok ni bosan.

2005
rumah seksyen 8 agak huru hara, rumah kena pecah masuk dan laptop pertama kaler kuning di curi.tahun bersosial keterlaluan secara sorok-sorok. result hancus sikit.

2006
tahun akhir yang susah tapi masih ok. in relationship sama kawan baik.hidup seperti pelangi walaupun hari hujan lebat. takleh blah. 4 hari mengganggur terus dapat kerja di AA. gembira kerana dekat dengan kekasih hati. AA tak menjamin hidup lalu ke HP. cik merah peneman jiwa raga ke sana ke mari.

2007
pindah ke damansara. life biasa-biasa tapi gembira. title telah single. berjinak-jinak ke pergunungan dengan harapan kahwin sama sherpa. dslr pertama berjaya dimiliki bajet nak jadi saiful nang, cheh cetek gila angan-angan. title masih single dan skandal sikit-sikit. masih lagi dengan cik merah.

2008
awal tahun ke gunung rajah dan kemudian ke sabah. ke tioman sama cousin dan history, ke cameron sama kak yun. tahun penuh dengan cuti-cuti malaysia. life masih sama, masih di company sama. dan cik merah yang setia.

2009
pindah ke kerinchi. awal tahun tour east java bersama gugurls. ura-ura mahu ke negara pound sterling. tapi mau air suam sebagai makanan ruji. jadi ai kensel. bulan may, kakak ai kahwin. tahun penuh kontrovesi, tahun yang poket kearah family. cik merah masih setia. tapi ai tukar dia ke kaler biru. so jadi lah cik biru.

2010
tahun ini bermula episod bapak ai dah bergelar atok kepada mohamad shafiq fikri. nama ni bukan ai kasi. so jangan wat spekulasi. azam masih lagi seperti tahun lalu. melaksanakan azam-azam yang tertunggak. cuma berharap dan berdoa tidak single hingga cecah umor 30 sen. ngahhahah~ harap cik biru sudi menemani ai hingga akhir hayatnya =).

*entry meniru abe jijon punye entry*

Friday, January 1, 2010

2010 just another year

kenapa takde kereta terbang macam dalam cerita fiksyen zaman kanak-kanak dulu ?


Happy New Year Y'Oll!!!