Monday, February 8, 2010

rumah susun

aku rasa setiap penyewa rumah menghadapi masalah yang sama. tak kira la masalah dengan tuan rumah atau pun dengan sesama penyewa. kalau kumpul-kumpul cerita, mesti masalah sama.

dari zaman belajar, aku dah duduk rumah susun ni atau rumah bertingkat-tingkat. tak kira la kondo, apartment tau flat sekali pun. masa belajar dulu, takde duit sangat. jadi duduk pun ramai-ramai dalam satu rumah. dah duduk ramai-ramai ni, kena la share barang-barang. nak makan pun, beli barang, masak sama-sama. stended la student, makan lauk sardin dengan telur dadar pun aku rasa mewah. kerenah yang tak tahan tu, kalau housemate tak kena dengan selera dia. ada je nak komen. tapi tak nak pulak tolong sama. tu belum part, beli sabun. kadang-kadang selambe sabun basuh, sabun mandi pun nak rembat. perangai takleh tahan pemalas nak buang sampah. boleh je hidung masing-masing tak bau apa-apa.

dah start kerja, aku sewa di apartment kat kd. kali ni aku sewa bilik. konsep sewa bilik ialah buat hal masing-masing. kadang-kadang makan pun nak dalam bilik. mula-mula tu aku tak biasa jugak. tapi lama-lama dah biasa pasal bila balik, ada lelaki lepak kat hall rumah. aku fikir, kau dengan hal kau. aku dengan hal aku. dat's it. housemate aku ni, rajin masak. tapi tak rajin nak mengemas. dia siang ayam ngan ikan tapi sampah tu tak buang sampai la ada ulat-ulat keluar, rumah bau macam tong sampah, baru la sedar nak buang. itu pun kalau dia sedar. kalau dia tak sedar memang muka ni jugak lah yang buang.

lepas tu aku pindah rumah yang lain pasal housemate aku dapat kerja tempat lain. housemate baru ni pun buat konsep sama. no such sharing no caring. time bulan puasa, kitaorang kena queue nak guna dapur. amek turn masak pastu berbuka dalam bilik masing-masing. kelakar kan? tapi itu lah yang berlaku. aku tak kisah sangat pasal aku tak duduk rumah. cuti 3-4 hari je aku balik. tapi kalau aku balik, seriau jugak aku tengok rumah. dengan habuk seinci dua kat hall, nasi basi dah sampai takde warna dalam periuk tu, sampah sampai melimpah-limpah di tambah lagi toilet yang macam tandas awam. kadang-kadang aku wonder, aku tinggal dengan manusia ke dengan hantu eh? pada hal masing-masing ada pergi balik kerja. busy sangat ke sampai perkara-perkara macam tu berlaku depan mata pun tak nampak?

gambar hiasan

tu belum lagi time aku kat sabah, owner call suruh pindah esok ASAP. memang babih tau. owner bagitau, kitorg tak bayar sewa 9 bulan. aku tanya akak yang handle pasal ni, dia bagitau bos dia tak bayar kat owner tu sebab duit rumah bos potong dari gaji dia. so aku sebenarnya menyewa kat dia bukan kat owner. mana aku nak cari duit untuk 9 bulan tu!!!!! last-last kami move out dan akak tu janji dia depositkan rumah baru tu nanti. nasib baik rumah atas ada kosong. aku pindah sana pulak.

tu belum bab bayar bil lagi. masa awal-awal masuk, housemate aku ni yang deal dengan tuan rumah, dia bagitau, setiap bulan masuk aje duit kat dia nanti dia settle kan segala bil. so, aku pun buat seperti yang disuruh sebab aku malas nak fikir walaupun sebenarnya aku was-was. satu hari, aku balik, takde letrik! nasib baik bilik aku ada lilin aromateraphy tuh. takde la aku dok dalam kegelapan. akak tu bagitau letrik kena potong. dia tak sempat pergi bayar. watehek kan, 3 bulan tak bayar la tu. pastu dia suruh aku settlekan. aku bagitau esok aku kerja maybe lusa aku pergi settlekan. kat ofis, dia sms aku tanya2. aku hilang sabar. malam tu aku nekad tak balik dan tidur umah ema. dia sms tanya aku balik ke tak. pasal takut tinggal sorang dalam gelap. ada aku kesah? esok baru settle tu pun aku pergi bayar kat kepong, nearest tnb branch. aku suh depa bayar sekali dengan duit petrol + duit aku belanja kawan aku kfc sebab dia teman aku pergi bayar bil tu. puas hati sikit.

end of 2008, aku dah tak tahan. rumah yun kat kerinci ada kosong. pulak tu lagi dekat dengan ofis, ada lrt nak pergi kerja. aku decide untuk move out even akak tu bising-bising suruh cari replacement. dugaan tuhan memang tak pernah berakhir, masalah tetap datang cuma tak sebanyak sebelum ni. di rumah kerinci ni, macam biasa, takde orang nak buang sampah, takde orang nak mengemas dan basuh toilet, yang paling tak tahan, manusia sellfish tau guna barang orang tapi tak tahu jaga.

mesin basuh utk basuh baju yg banyak ye yuolls. bukan selai dua.

aku bengang pasal washing machine, penyidai kain aku beli dari rumah lama. aku beli untuk keperluan aku. tapi kalau orang tak reti jaga atau mempertikaikan apa-apa, aku jadi sakit hati. kalau takde duit nak beli, guna elok-elok. kalau setakat baju sehelai dua, kau tau mana patut kau basuh. kalau toilet dah kotor, kau tau apa patut buat. kalau sampah dah melimpah, kau tau mana nak buang. hidup ni simple tapi kalau tak boleh nak atur hidup memang sampah la hidup kau tu! terhapus azam baru tak mau marah-marah. bye nak tengok tasbeh cinta.

4 comments:

  1. jeles nye..dpt tgk tasbih cinta..oppsss


    hehehe tu lah....aku malas nk letak jadual vagai..cam bdk sekolah kan..masing2 dah dewasa....

    xpe lets ikat barang2 kite ngan reben kaler merah! hehehee [sempena valentine...wakakaka]

    tp seyes..aku xleh terima bab baju selai dua pon nak masuk mesin basuh..laen lah konsep aku yg simpan baju sampai muntah bakul tu kan..kompem patah riuk tulang i kalo nk memberus...ahaks...

    ReplyDelete
  2. haha tu stended mcm kita yun..baju kena smp berguni2 br basuh..haha maklum la tong/kotak isi baju2 kitakan besar..hari2 tukar baju lain2...

    dd tgkkan tasbeh chenta tuk i..i mmg gila tgk cite tu tp time mc or ponteng keje sajek la

    ReplyDelete
  3. ok mgu ni bole tgk tasbih cinta. jgn jeles!

    baju dorg selai dua tu pasai kene repeat basuh. baju i banyak pun basuh tangan pasai i suka main sabun. saje-saje je beli mesin utk baju 2-3 helai tu utk depa.i kan keje chop duit kaler purple. nak sekeping mai amek bawoh katil.

    ReplyDelete
  4. kompem you dah abis tgk tasbih cinta arini..jeles i..sbb xpenah berkesempatan tgk!

    ReplyDelete