Thursday, June 11, 2009

cik merah o cik merah

cik merah i dah buat perangai last month. brek tak makan. cuak i. dah hujung-hujung bulan pulak cik merah nak perhatian. terpaksa i korek-korek sebab nak ganti brek di hujung bulan begini. ok i dah ganti brek baru untuk cik merah.


sebelum tu cik merah dah over heat pasal i tak check air. jangan salahkan i aje. rupanya radiator sudah bocor. i bawak pergi workshop repair cik merah.beberapa keping fulus merah juga terbang melayang.


bulan ni cik merah kena renew roadtax. berpeluh-peluh i fikir nak simpan duit untuk cik merah. bukan apa, semalam bawak cik merah keluar sama mama, ada bunyi kluk,kluk,kluk. jadi pergi bengkel, ganti tayar depan ke belakang dan tayar belakang ke depan.tapi bunyi masih ada. rupanya rim cik merah kena tukar dah. hayat dah tiba. kali ni i menitik air hidung nak replace rim baru. bulan depan aje la ye cik merah.tu pun kalau u tak mampu berjalan,if not, i delay lagi sampai duit i cukup.


masa cuci cik merah, i nampak badan cik merah ada karat-karat. kali ni i menitis air mata la pasal ini petanda berhelai-helai lagi note ungu,hijau dan merah akan melayang nak tukar kaler kat badan u ni.u ni betul la. takde u, i susah, ade u pun, i susah juga.


cik merah o cik merah, tolong la behave sampai i gaji riban-riban. poket i dah kering dek kerana u tau! cukup masa nanti i simpan cik merah kat muzium ye. berehat la u sampai bila-bila.benci tau. AUW.AUW.nasib baik u merah..sexy!!

Friday, May 22, 2009

kerja yang di cari sekarang jangan di keluh *edited

haih. lama sungguh dah bersara dari part time. nak buat macam mana komitmen keluarga. harap lepas ni boleh kembali bersiaran.

1
ada buyer nak beli boifren aku. tak lama lagi kami akan break up YES - dah break off pun.


2
portfolio yang dah berzaman aku tak start buat. part editing aku memang hancur. bukan apa, minda kreatif aku macam lembab aje. nak kene jemur tengah panas kasi kering ni.

3
domain dah berkurun beli tapi balik-balik gambar itu aje. nak sedap kan hati, aku kata password dah hilang. web dah update !!

4
flickr pun dah penuh. mahal gila nak upgrade $24.99 per year tuh. bukan duit malaysia ye tu. jangan nak kata aku kedekut pula.

5
boipren aku tak bernafsu kat si lappy yang virgin. tak boleh nak transfer gambar langsung. aku tengok2, si lappy virgin ni berdarah XP Vista. boipren aku lak takleh dengan Vista. tak serasi katanya. sekarang udeh serasi. hati i pun tenang.

adakah si lappy virgin perlu di format? atau cari boipren baru eh?

isk. T_T nanti la aku survey.


6
incik bisnes_partner,ingatkan ai tripod you yang dah di kebas orang tu.
okey.okey. ai ganti. janji. (",)

I HATE U PENJAHAT YANG CURI
TRIPOD-BESI-RINGAN-SENANG-TIUP-ANGIN !!!!

Saturday, May 16, 2009

wedding..wedding..and more wedding..

WEDDING ALONG

yang bukan besday girl/boy pun nak gak tiup T_T

with cousins..


WEDDING NANI

ema dengan muka terkejut


seperti biasa,kami enterframe dengan pengantin.


nota : all picture from nunny and mak ngah


you can hate my job but don't hate me

aku : kerja.

kawan : abis tu bila kau cuti?

aku : ahad sampai selasa.

kawan : gila ODD!! KALAU MACAM TU, BAIK KAU DUDUK RUMAH DAN BESARKAN BADAN KAU.

aku : ok. bye!






I HATE U!




Monday, May 4, 2009

seperkara yang perlu di ketahui




"The more I go through parenting, the more I say I owe my mother an apology"
- Ray Romano


SELAMAT HARI IBU.


aku ambil dari blog sarah.

Monday, April 27, 2009

i dream of rain

rain

rain

where are you?

hari ini panas

dan diriku berpoloh-poloh

bermandi keringat

busuk

masam

rain

rain

where are you?

i'm dreaming of you..


Saturday, April 25, 2009

baru aku faham perasan kau mina

ada hari tu mina pergi interview kat klcc. habis interview dia call aku mengadu-ngadu yang dia tak perform during interview tu. time tu pula, aku tengah busy kerja. jadi aku sekadar komen pendek aje la. "tak apa mina, there will always a new hope ". mina marah aku. " hope apa ni didi? dah la. aku nak call orang lain." mina letak phone, tinggal aku terpinga-pinga. salah ke aku cakap macam tu? aneh betul.

tadi aku cerita-cerita dengan mama pasal aku marah kat orang ni. penceritaan aku tu penuh kemarahan sangat. memang aku rasa nak lempang-lempang orang. nak tengking jerit-jerit macam orang gila. kalau boleh, semua perkataan kurang enak aku nak keluarkan. memang aku cranky gila. dan sangat cranky serta full of toxid hijau. mama selamba jawab dengan tenang.
" takpe.biar kan dia. nanti kalau benda tu jadi kat dia, baru dia tau hidup dia macam mana "

aku? GRRRRRR!!! qzqwdfrgbjikuhgk!!!!! tu bukan jawapan aku nak dari mama. aku nak mama sama marah macam aku. nak la sama-sama kutuk ke mengumpat ke. what so ever lah. aku lepas tu baru aku teringat kat mina. ini perasaan mina bila aku bagitau "there is always new hope" tu. baru aku tau aku tak membantu dia menenangkan diri pun. jawapan tak membantu dan tak menyokong kemarahan dia. macam kau tak payah cerita kat orang pun tak apa dari kau dapat jawapan macam tu.

sekarang baru aku faham perasaan kau mina. *sighhhh*