Thursday, June 11, 2009

cik merah o cik merah

cik merah i dah buat perangai last month. brek tak makan. cuak i. dah hujung-hujung bulan pulak cik merah nak perhatian. terpaksa i korek-korek sebab nak ganti brek di hujung bulan begini. ok i dah ganti brek baru untuk cik merah.


sebelum tu cik merah dah over heat pasal i tak check air. jangan salahkan i aje. rupanya radiator sudah bocor. i bawak pergi workshop repair cik merah.beberapa keping fulus merah juga terbang melayang.


bulan ni cik merah kena renew roadtax. berpeluh-peluh i fikir nak simpan duit untuk cik merah. bukan apa, semalam bawak cik merah keluar sama mama, ada bunyi kluk,kluk,kluk. jadi pergi bengkel, ganti tayar depan ke belakang dan tayar belakang ke depan.tapi bunyi masih ada. rupanya rim cik merah kena tukar dah. hayat dah tiba. kali ni i menitik air hidung nak replace rim baru. bulan depan aje la ye cik merah.tu pun kalau u tak mampu berjalan,if not, i delay lagi sampai duit i cukup.


masa cuci cik merah, i nampak badan cik merah ada karat-karat. kali ni i menitis air mata la pasal ini petanda berhelai-helai lagi note ungu,hijau dan merah akan melayang nak tukar kaler kat badan u ni.u ni betul la. takde u, i susah, ade u pun, i susah juga.


cik merah o cik merah, tolong la behave sampai i gaji riban-riban. poket i dah kering dek kerana u tau! cukup masa nanti i simpan cik merah kat muzium ye. berehat la u sampai bila-bila.benci tau. AUW.AUW.nasib baik u merah..sexy!!

2 comments: