Monday, May 4, 2009

seperkara yang perlu di ketahui




"The more I go through parenting, the more I say I owe my mother an apology"
- Ray Romano


SELAMAT HARI IBU.


aku ambil dari blog sarah.

Monday, April 27, 2009

i dream of rain

rain

rain

where are you?

hari ini panas

dan diriku berpoloh-poloh

bermandi keringat

busuk

masam

rain

rain

where are you?

i'm dreaming of you..


Saturday, April 25, 2009

baru aku faham perasan kau mina

ada hari tu mina pergi interview kat klcc. habis interview dia call aku mengadu-ngadu yang dia tak perform during interview tu. time tu pula, aku tengah busy kerja. jadi aku sekadar komen pendek aje la. "tak apa mina, there will always a new hope ". mina marah aku. " hope apa ni didi? dah la. aku nak call orang lain." mina letak phone, tinggal aku terpinga-pinga. salah ke aku cakap macam tu? aneh betul.

tadi aku cerita-cerita dengan mama pasal aku marah kat orang ni. penceritaan aku tu penuh kemarahan sangat. memang aku rasa nak lempang-lempang orang. nak tengking jerit-jerit macam orang gila. kalau boleh, semua perkataan kurang enak aku nak keluarkan. memang aku cranky gila. dan sangat cranky serta full of toxid hijau. mama selamba jawab dengan tenang.
" takpe.biar kan dia. nanti kalau benda tu jadi kat dia, baru dia tau hidup dia macam mana "

aku? GRRRRRR!!! qzqwdfrgbjikuhgk!!!!! tu bukan jawapan aku nak dari mama. aku nak mama sama marah macam aku. nak la sama-sama kutuk ke mengumpat ke. what so ever lah. aku lepas tu baru aku teringat kat mina. ini perasaan mina bila aku bagitau "there is always new hope" tu. baru aku tau aku tak membantu dia menenangkan diri pun. jawapan tak membantu dan tak menyokong kemarahan dia. macam kau tak payah cerita kat orang pun tak apa dari kau dapat jawapan macam tu.

sekarang baru aku faham perasaan kau mina. *sighhhh*

Friday, April 24, 2009

sesekali terusik

kalaulah,

bisa ku cincang hati,

agar mampu ku tebarkan ke angin,

memberi cinta pada sang sepi.


kalaulah,

bisa ku rautkan jiwa,

agar mampu melentur ke arah kita,

memberi kudrat pada sang keliru.


kalaulah,

bisa ku sembunyi kamu,

agar mampu kau bisikkan sakti di telinga,

memberi azam pada sang tewas.


kalaulah,

jiwa aku belum dibeli orang.

maka aku milik kamu.

( kalaulah.. credited to fynnjamal )

Thursday, April 23, 2009

ada ke cerita pasal ofis yang indah-indah?

aku rasa lately ni, aku bekerja for the sake of getting money untuk membayar hutang piutang aje.

in term of minat kepada apa yang aku buat sekarang, menjurus kepada angka 0 percent. aku sendiri tak faham. ada sesetengah orang aku boleh lihat mereka passionate dan tahu career path mereka.

aku? macam samar-samar aje. kadang-kadang terasa macam dedikasi amat. kadang-kadang aku rasa nak EL je seminggu tak nak buat apa-apa. Ye, aku tau tak sihat cara macam tu. tapi aku tak buat pun lagi. baru plan.


setiap hari ada version lain-lain perasaan bila tiba di ofis. kelmarin, mood aku ok aje siap mind boleh fikir "money,money,money", macam semalam, aku rasa babih nya datang ofis ni. kenapa ofis? hari ini rasa macam layan aje. siap ada meeting kul 7pm. aku sampai on time. walaweh.

cuba kau fikir setiap hari, minggu, bulan dan tahun selama 20 tahun rotation life aku macam ini. jadi apa weh?

isk.

sekarang ini, aku kagum, macam mana parents kita boleh bertahan bekerja bertahun-tahun sedangkan aku nak masuk 2 tahun pun dah naik jelak bekerja?

jadi. sila TABAH!

Wednesday, April 15, 2009

belum ada rezeki memot

semalam, aku ke ipoh. menghantar dek nor ke konvo dia di poli. kesempatan itu, dapat melawat ucu juga. masa tengah lepak kat dapur dengan ucu, "bibik, kasi sayur ni kat memot",ujar ucu pada bibik.

"memot? siapa memot?",aku bertanya lalu mengikut bibik ke depan. hati bertanya-tanya. siapa pula si memot. di luar bibik kasi sayur pada binatang berbulu berwarna putih dan coklat. memot, si arnab belaan anak-anak ucu. seekor betina dan seekor jantan.

sepulangnya dari anak-anak ucu dari sekolah, aku duduk bersembang-sembang dengan ikmal, ya dan ihai. masing-masing bercerita perihal arnab yang dua ekor tu.

"eh ikmal, arnab kamu tu seekor jantan, seekor betina kan?" aku bertanya.

"a-ah. yang coklat dan putih ", jawab si ikmal.

"mama cakap kau orang dah lama bela, tapi takde anak lagi ke arnab kamu? dah la duduk dalam kandang tu sama-sama." aku bertanya lagi.

" biasa la tu kak didi, belum ada rezeki," ikmal menjawab selamba.

" erk...." itu sahaja yang mampu aku jawab. (padan muka aku! budak kecik pun tau.)

Sunday, April 12, 2009

ayam penyet

hari ini sangat letih. tapi puas hati kenduri telah sukses semalam. buat mereka yang hadir, maaf tak dapat memberi layanan sempurna. buat mereka yang tak di jemput, maaf, kenduri untuk keluarga terdekat sahaja.

tapi, apa kaitan dengan ayam penyet?

malam tadi lepas kemas, badan dah letih. hidung pulak sumbat. mata dah lebam. dengan tak mandi aku tertidur. aku agak lapar kerana seharian tak makan nasi kerana menu kenduri adalah mee kari. fyi, nasi adalah wajib bagi aku dalam menu seharian. aku sekadar menjamah kuih muih aja.

dalam berbaring kepenatan tu, aku tertidur. perut berkeruit-keruit, siap bermimpi aku pergi makan ayam penyet kat wong solo ampang. boleh?? tiba-tiba..pap! aku terjaga. ftkgjrgudfjaofjo btul la!!! adik aku kejut, suruh tidur betul-betul as aku baring ikut suka hati aje. dia pun nak tidur jugak.

bila bangun, aku cakap kat adik " tadi makan ayam penyet. rasa macam kat jogjakarta la ". "bila?" adik tanya balik. "tadi la,baru je tadi ni ha" aku jawab yakin. "mabuk eh?, makan ayam penyet dalam tidur?" adik macam marah.

eh. ha-ah la. tadi kan kenduri. bila pulak aku pergi makan ayam penyet?
WAAAAA.. aku ngidam ayam penyet!!!