Sunday, April 12, 2009

ayam penyet

hari ini sangat letih. tapi puas hati kenduri telah sukses semalam. buat mereka yang hadir, maaf tak dapat memberi layanan sempurna. buat mereka yang tak di jemput, maaf, kenduri untuk keluarga terdekat sahaja.

tapi, apa kaitan dengan ayam penyet?

malam tadi lepas kemas, badan dah letih. hidung pulak sumbat. mata dah lebam. dengan tak mandi aku tertidur. aku agak lapar kerana seharian tak makan nasi kerana menu kenduri adalah mee kari. fyi, nasi adalah wajib bagi aku dalam menu seharian. aku sekadar menjamah kuih muih aja.

dalam berbaring kepenatan tu, aku tertidur. perut berkeruit-keruit, siap bermimpi aku pergi makan ayam penyet kat wong solo ampang. boleh?? tiba-tiba..pap! aku terjaga. ftkgjrgudfjaofjo btul la!!! adik aku kejut, suruh tidur betul-betul as aku baring ikut suka hati aje. dia pun nak tidur jugak.

bila bangun, aku cakap kat adik " tadi makan ayam penyet. rasa macam kat jogjakarta la ". "bila?" adik tanya balik. "tadi la,baru je tadi ni ha" aku jawab yakin. "mabuk eh?, makan ayam penyet dalam tidur?" adik macam marah.

eh. ha-ah la. tadi kan kenduri. bila pulak aku pergi makan ayam penyet?
WAAAAA.. aku ngidam ayam penyet!!!

3 comments:

  1. dude, ayam penyet kat kedai opposite sunway pyramid.. sodap!!!

    ReplyDelete
  2. marilah belanja diri ku cik zilla

    ReplyDelete
  3. aku pon nak makan ayam penyet .. huhu

    ReplyDelete