setiba di sana, kami turun di terminal 1. changi ada 3 terminal. dan mrt ke town terletak di terminal 3. jenuh nak berjalan sebab airport memang besar dan sign board juga agak membantu. di antara terminal ada macam mrt kecik ke terminal lain. agak convenient kalau nak compare dari lcct ke klia hanya ada bas atau teksi aje.
dari airport kami ke little india, lokasi hotel yang bakal kami duduk. untuk ke sana, kami pilih untuk naik mrt dari stesen changi transit di outram park dan kemudian ke stesen farrer park. aku tak pasti the exact location hotel ni. tau nama jalan aje base on booking info kat internet. matahari terik buat aku sedikit grumpy berjalan mencari arah lokasi hotel. di tambah kan lagi kelaparan sebab perut sempat diisi roti sahaja.
kami jumpa lokasi hotel ambassador. sebenarnya dah terpusing jauh. ia bersebelahan aje dengan mustafa shopping center aje. aku dah nampak building mustafa ni tapi jalan je terus. at last jumpa hotel dan terus ke reception. bilik kami terletak di tingkat 3. bilik agak kecil dan paling melemaskan tiada tingkap. aku rasa macam duduk dalam gua. kami bernasib baik sebab aku booked triple room tapi dapat quad room dengan harga SG90. kalau ikutkan memang tak dapat. rata-rata rate adalah SG 150 ke atas.
lepas letak barang, terus ke tempat makan dan diskus tempat mana nak pergi. kami decide ke merlion walk dan museum area sana. untuk ke sana, kena naik mrt ke raffles place. dari tempat kami, farrer park, transit di dhoby gout dan turun di raffles place. kat sini naik mrt aje senang dan murah. tak tahu arah mrt? boleh print siap-siap before pergi kat web ni. korang ikut je nombor-nombor arah tempat nak pergi. jim cakap the system sama macam kat paris. sangat senang dan kebarangkalian untuk sesat adalah 5 peratus. =)
nampak ada beza antara 2 gambar ni?
No comments:
Post a Comment