Friday, December 18, 2009

kota singa hari dua

kami ke bugis station area. makcik aku datang malam semalam kat hotel. siap kasi guide dan tempat nak pergi. dia mentioned bugis area ni murah sikit kalau nak shopping dan boleh ke kampong glam kalau nak makan murtabak singapura.bugis street lebih kurang macam petaling street area. ada banyak kedai-kedai jual baju-baju dan cenderamata. kami sempat beli selipar 4 pasang sebab tak tahan pakai kasut tiap masa.

lepas cuci mata, kami ke kampong glam tengok apa attraction area ni. senyap sunyi aje area ni, dan kebanyakan kedai tutup pintu separuh, sebab hari jumaat orang pergi solat jumaat. dah around 2, baru area tu ramai orang sikit. kami makan di briyani house. duduk lama sikit sebab nak berjalan balik ke mrt, hari panas terik. kat sini nak beli fridge magnet murah sikit compare dari bugis street.

kami mahu ke clark quay selepas itu. malu siot tak reti sebut clark quay - cara sebut adalah klak-khey. baru belajar hari tu, lepas pakcik aku call tanya aku nak pergi mana, aku jawab, nak pergi klak-kuey. dia tak faham. ah malu ah.

kat clark quay, kami nak ke riverside. saja nak tengok night life kat sana. tapi baru pukul 4. kebetulan pakcik aku abis kerja, dia datang ambil kami bawak jalan ke mount faber. macam tinggi aje kan. pada hal macam naik bukit jugra je. dari mount faber boleh nampak sentosa island, the whole island. batam pun boleh nampak dari sini. cable car tak siap lagi. so tak dapat la nak naik cable car ke sentosa.

nih la aiman a.k.a boboi

penat berjalan boleh rendam kaki kat situ.

lepas tu kami ke vivo, shopping complex lagi. kompleks sunguh hidup. dari sini ada tren ke sentosa. banyak cara nak pergi sana. by car, tren, bas. tapi kami tak ke sentosa kali ni. tunggu la universal studio siap, kami datang lagi ke sini. lepas tu kami balik ke clark quay. jalan-jalan di riverside. banyak club area ni. dan banyak juga mat saleh. jim macam nak naik bungee jump tapi semua orang tak nak. SG 40 tu sekali naik. baik ai beli charles and keith. kehkehkehkeh.

kami ke hooters. hawk nak beli tshirt untuk kekaseh hati. menggiurkan sungguh waitress di hooters neh. =) banyak sangat hang out place area ni. the clinic yang aku nak tengok sangat, at last dapat tengok. macam bosan takde apa sangat. cuma decoration tempat ni unik. tapi ngeri untuk siapa tak suka dok hospital.

then kami ke orchard road, ingat nak pergi takashiyama tapi tak sempat. just sempat ke hard rock, beli t-shirt then balik hotel. masing-masing dah menggigil kelaparan. singgah mamak area mustafa, makan murtabak dan teh ais.


3 comments:

  1. Haih..
    laju jek n3 kota singa ni

    pswswswswtttttt mane fridge magnet tok i?

    ReplyDelete
  2. waa.. syioknyer jalang-jalang.. :P

    nana nih aku mcm kenal.. her sister puteri rene kan? :p kakak dia batch aku, nana ni kire junior aku lah, kot? :p

    ReplyDelete
  3. kak yung : harus laju. magnet ade kat fridge la. hikhik

    mami murni :syiok mmg syiok tp pulus kene lumayan. kakak nana nama rene. betoi dh tu. ko skolah bainun ka?

    ReplyDelete