Saturday, September 12, 2009

dia nak sangat menang, fine!

hari ni isu pasal orang tak mahu kalah. asyik dia je nak menang. tak kira pasal isu apa, mesti nak menang. atau dia berpegang pada " bukan nak menang, tapi tak boleh kalah ". tapi tak ke kalau kau menang sekali pun, you are like living in denial?.

isu debat I - perihal bola sepak arena antarabangsa.

pergi mampus la team mana kau sokong. pada aku sikit pun tak beri untung pada poket kau. malah sillaturrahim kau tu mungkin bakal terjejas dek kerana pasukan bola pilihan kau, dengan tegarnya kau bela sampai bertumbuk sesama Islam. padahal tak jejas untung atau rugi poket kau pun.

isu debat II - perihal flow of proses yang telah well known.

satu isu telah terjadi di tempat kerja. flow of proses memang telah di ketahui ramai pihak dan memang dilaksana sejak sebelum kau bekerja di sini lagi. bila kau tersalah buat, kau salahkan flow tak betul. sedangkan orang lain boleh follow tanpa isu. itu pun kau nak menang jugak? KESIAN, PERCUBAAN MEMBELA DIRI GAGAL. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.
membazir bateri lampu suluh aje.

isu debat III - isu angan-angan mat jenin

excited kau bila nak pergi bercuti. mula-mula nak pergi menyelam. nak amek lesen bagai. sembang punya la macam boleh runtuh langit. kau cancel, kau nak pergi negara kangaroo pulak. pasal kau macam dengki sikit member dah sampai UK. siap sembang-sembang tempat wajib dilawati pada rakan. rakan kau dah buat muka, pasal dia tak mampu. kau ceritalah lagi. sedih kawan sebelah tak dapat pergi. kau lagi excited nak cerita bila tahu dia tak mampu.

last-last kau cancel, dengan alasan kos kat negara kangaroo tu mahal sangat. EH, KALAU MAMPU KENAPA KATA MAHAL? VAVI LA KAU MAT JENIN! " dia memang tak boleh kalah d. kalau ada kawan kita dapat pergi bulan, dia nak pergi matahari kot. dia boleh menang dan mati kat sana."


tolak dan tambah, kenapa perlu nak menang atau menggembar-gembur perkara yang remeh?

No comments:

Post a Comment