Saturday, October 18, 2008

futsal futsol

semalam kat subang sport planet ada tournament futsal organized by HP. aku secara tak sengaja join aje team diorg ni di sebabkan setiap team wajib ada sorang perempuan. mula-mula faiq tanya aku nak main tak. aku ngan segera jawab TAK NAK.

sebab aku memang malas. sayang nak membakar lelemak yang telah aku ternak sejak puasa ari tu. pastu seari before tarikh tutup penyertaan tu Mie sms aku suruh aku main gak futsal tu. pas fikir2 aku agree je la as dia tak hope untuk menang pun. aku agree jugak la. kerana kawan- kawan. even aku pernah main futsal tapi aku harap diorg tak expect more from me. lama dah tak main ni.

game start pukul 9. kul 8.45 aku dah ada kat sana ngan kepala dah pening2 sebab mlm before tu aku melepak tak hengat so tidur pun tak cukup. Mie dah sms pesan suruh tidur awal and pakai baju merah time tournament tu. jenuh aku cari t-shirt merah. last2 t-shirt alep aku rembat.

sampai je sana, aku tengok budak pompuan memang tak ramai yang datang. sekadar penyeri aje kat dalam court tu. kalau takde pompuan memang disqualified la team tu. Mie datang ngan wife dia. pastu Mujib datang and pastu Faiq and gf dia. Last skali Zaki sampai. aku memang tak kesah la menang ke kalah. bila ada orang tanya aku cakap menang je. Segar and Faiz pun ada datang kasi semangat. Ika aku dah ajak tapi dia keje lak ari tu. sekadar memberi sokongan dari jauh katanya.

kitaorang berjaya sampai quater final aje (kata Mie la. aku tak amek tau pun.). time lawan ngan team Wasyil, kitorang dah plan nak kasi seri so that team kitorg and team dia masuk quater final. tapi sape tah terlebih masuk goal. 3-2 . so hanya team kami aje qualified.

pastu lawan team mane tah yang macam cibai aje dak pompuan sekor tu. pervert gile. malas la mau citer. klau dapat main lagi ngan dak tu memang aku cantas kaki dia. (hamekk..aku dah full of anger pas main smlm).

sape2 suh aku main atas la bawah la. cover depan goolie la what so ever..aku main ikut suke aku aje ok. sape nak kutuk2 game aku sila la kutuk. without prektis and training you can't expect more than that!

No comments:

Post a Comment