Monday, September 29, 2008

berakhirnya ramadhan

esok adalah hari terakhir umat islam berpuasa. hari terakhir ni la paling seronok. semua family balik kampung untuk beraya bersama-sama. paling best acara makan-makan di bulan raya ni.
sebut pasal makan, aku teringat beraya bersama arwah wan.
*sob.sob.sob.penulisan terhenti tatkala ini kerana kebanjiran airmata*

kebiasaanya, 2-3 hari befora raya tu aku ngan adik2 dah kene pos balik banting. banting je kampong aku. so tak kecoh nak beli tiket bas lah.

sebab ape kitorg kena pos balik banting?

sebab kena tolong wan kemas umah and tolong dia memasak for the whole family. aktiviti biasa yang paling aku ingat, tumbuk kacang tanah, tumbuk kerisik sampai pecah minyak, kirai daging rebus kasi halus dan buat kuih raya. nampak je keje tu mudah. korang tak tau, arwah wan cerewet skit. kalau bole, kacang tu kene kasi tumbuk saiz dia sama je. adalah diingatkan anda tidak di benarkan sama sekali memakai blender ok.

kirai daging kasi halus ni buat aku jadi emo. nak kasi halus tara mana pun aku tatau. kalau kunyah sendiri pun halus gak nanti masuk dlm perut.ye tak?

tapi arwah wan mempunyai persepsi berbeza dalam hal macam ni. pada dia, rupa paras makanan tu penting. jadi tak nak la kacang tu ada yang hancur ada yang besar. macam tu jugak dgn daging tadi. kalau bole biar sama saiz. kalau dia siang sayur, aku mmg salute abis. sama je panjang or pendek sayur tu.

bila dah semua balik, memang penuh la rumah arwah wan. sampai kan nak tido pun kene booking tempat. tapi tempat tido aku tak yah booking. memang tempat aku tido kat bilik arwah wan. aku bukan cucu kesayangan arwah wan ok. tapi aku memang kene tido dgn dia sebab bilik areah wan tu warm aje. so kurang skit la probability nak kene semput mlm2 tu.
*hik.hik.tapi serius best gilak.selesa ok.dan tiada nyamuk sbb tido dlm kelambu*

paling penat time nak raya ni kaum ibu la.sampai malam raya pun tido lewat. sebab nak siapkan juadah raya.yang anak-anak ni malam je tau main bunga api. syiok woo..sampai batuk2 aku di buatnya kene penangan asap bunga api.mercun lalat paling aku tak suka. sbb mercun ni ikut suke dia je nak terbang mana. silap2 bole masuk kat dlm kain.ngeri siut.

tapi...

ni semua cerita 15-20 tahun yang lepas. dah lama berlalu. hanya lekat kat otak aku je. walaupun aku emo2 kena tolong kat dapur, tapi aku seronok. keseronokan tu baru rasa sekarang. sebab kalau aku tak tolong arwah wan dulu, mungkin aku tak tau menganyam ketupat sampai la ke hari ini. kalau nak tau, kat umah aku tu, aku ngan mama je reti anyam ketupat. yang lain langsung tak tau menahu. bila aku suruh belajar, diorg cakap takpe sbb aku ada. kalau aku takde baru diorg akan belajar. pemalas punya adik.

sesungguhnya...

aku rindu nak beraya di kampung. tapi aku takde kampung.
*waaaawaaaa.penulisan terhenti di sebabkan kebanjiran air mata atas keybod*

sekian..

No comments:

Post a Comment