Thursday, April 7, 2011

the sorrow of cambodia - phnom penh to siem reap

seawal pagi, kami dah bangun sebab bas ke siem reap kul 7.30 am. seperti biasa, beli yang paling murah, USD 4.50 untuk trip sejauh 6 jam. awal2 lagi dah telan ubat coz i know i cannot survive the journey.

sume pon kau nak bawak

we get to know with the a singaporean guy and his friend fly from singapore to saigon and travel by land to PP and direct to SR and travel back to saigon in 3 days. mereka ke SR just utk tengok Angkor Wat aje. bagosnye.

kami dah book guest house awal lagi memandangkan travel berdua aje. sampai aje di siem reap, berpusu-pusu si pembawa tuk-tuk dok kerumun. pihak bas ada sediakan transportation ke guest house. luckily pihak guest house datang ambil di stesen bas.

Happy guest house, nama guest house kami stay. USD 6 per nite. a room with attached bathroom. ada tv tapi tak penah tengok. dah nama pun happy, penyambut tetamu tu pun riang2 aje dan peramah amat.

macam biasa, mesti nak cari hotel lorong belakang. ini keje minami.

Letak aje beg, terus ke solat dan perut dah lapar. Berjalan mencari restoran halal. Di katakan restoran D Wau tu dekat aje. dah jalan tapi tak jumpa. then cari the rabbit restaurant, pun takde. next Maharajah tapi ni indian cuisine. we have no choice, makan aje kat sini. masing-masing dah emo. penat dan lapar.

Bila perut dah kenyang, terus pegi book tour ke Angkor Wat. Tuk-tuk ke sana USD 12. Entrance fees USD 20 seorang.



the sorrow of cambodia - phnom penh tour

kami decide untuk berjalan kaki. walaupun penat amat dan tak tau jalan, dengan berjalan, we feel close dengan orang2 sekitar. dapat tengok dengan jelas bangunan, orang2 tempatan bekerja dan barang-barang utama yang di jual.

monumen sempena kemerdekaan dari france

sepanjang jalan ni byk perkhidmatan membuat kad kahwin

street 103

kebanyakan bangunan banyak di pengaruhi oleh penjajahan france. bangunan ni before ni aku hanya lihat dlm movie aje. even makanan pun, masih pengaruh france. banyak french bread di jual di mana-mana sahaja.

french bread

selain daripada melawat kawasan, ada beberapa pasar boleh di lawati atau bole la salurkan duit kat pasar tu. di PP ni, silk amat banyak. kalau pandai tawar, bole dapat USD 10 utk 4m kain. selain daripada kain, ada shawl, purse dari silk, table cloth, beg dan office wear untuk lelaki.

kebanyakan baju branded seperti zara, forever21, mng, esprit, carters, old navy dan gap di buat di cambodia. we manage to go to few outlet yang jual barang branded ni. sempat la beli kasut baby USD 1.99 dan baju carters USD 2. nasib la takde anak lagi. kalau ade, tak sampai sini la kan.

antara pasar yg bole di lawati, central market, russian market, orussey market dan night market by riverside. please bargain hard! mereka pandai berjual. if pandai nego, memang untung. gambar kat pasar takde. busy bargain. :D


the sorrow of cambodia - killing field dan tuol seng

kami melawat 'killing field'. di sini more than 17,000 civilians di bunuh dan di tanam dalam kubur yang besar. bayi pun tak terkecuali.


mass grave

kemudian ke tuol seng. tuol seng pada awalnya adalah sekolah. tapi pada zaman khmer rouge, kawasan ini di gunakan utk detention and touture center. dari dalam kelas hingga luar kelas, di tunjukkan bagaimana mangsa di 'touture'.

mangsa diikat di katil

kaki ikat kat atas, muka masuk tempayan yg ada najis dan air kencing

Friday, April 1, 2011

the sorrow of cambodia - intro

alhamdulillah. selamat sudah trip pnomh penh - siem reap yg di impikan sejak 2009. end up pergi hanya dua orang aje.

dari dalam flight, kelihatan bumi cambodia seperti kosong. bertanah merah berpetak petak. agak luas. barangkali musim kering. ternanti-nanti di mana landasan, akhirnya touch down dengan selamat. di sambut oleh pegawai kastam kelihatan tidak mesra pelancong.

penom penh, aku kira ibu negara yang kecil tak sehebat kuala lumpur di mana berdirinya bangunan tinggi dan gah. rata-rata membawa motosikal atau tuk-tuk di jalan-jalannya yang berdebu.

kami memilih untuk tinggal di sekitar orussey market. market yang seperti pasar borong, 3 tingkat dan pelbagai barangan di jual.dari barangan elektrik, pakaian, makanan, hinggalah salon rambut pun ada di dalamnya!.

rata-rata mereka memulakan jualan di awal pagi. murah rezeki barangkali. mereka tidak segan bertanya, "tuk-tuk, lady?". begitulah kalau mencari rezeki, malu bertanya, masam muka, rezeki pun tak ada.

Tuesday, January 11, 2011

2 death in 1 weekend

mula-mula, tok chu passed away on saturday, the next day, wan anjang pula. semoga roh mereka berada di kalangan orang beriman.

al-fatihah

;-(




Monday, September 6, 2010

tuhan itu adil

finally, perubahan yang di tunggu selama 3 tahun setengah menjengah tanpa diri bersedia untuk terima. akhirnya, saya bertukar juga kerja. mungkin bertukar kerja perkara biasa. tetapi tidak pada saya. the whole of my daily routine bertukar. hati berat menerima perubahan ini. tapi saya sering positif bahawa penghijrahan itu mesti akan membuahkan sesuatu yang baik. insyaAllah.

dalam pada keseronokan saya keluar dari belenggu bisu itu, saya di duga hebat. kereta rosak, berpindah rumah, mak sakit dan hati masih berbolak balik mahu berhijrah atau bertahan. tuhan kan adil. positifnya, saya berfikir bahawa semua masalah itu adalah peringatan supaya tidak overjoy.

pelbagai statement negatif di dengari,

"kalau tiba-tiba ekonomi down, masak kau D. kena pecat. baru masuk kerja kan.. "

"campus yang baru ni lagi banyak fasiliti, kami convert permenant, tak teruja ke? "

" rugi la cuti 3-4 hari, sana cuti weekend aje"

"task sama ke? if tak sama, rugi besar tu"



hidup ni kan atas pilihan sendiri. terpulang pada diri sendiri untuk menilai dan memilih terbaik untuk diri sendiri. andai pilihan itu, bukan pilihan terbaik, tuhan nak kita belajar supaya lebih tabah dan kuat.

positif lah sikit.

walau pun kerja ini tidak seperti yang di sangkakan, saya masih bersyukur. sekurang-kurangnya, saya keluar dari zon selesa yang semakin hari menghimpit diri. saya culas malas. tak sihat dengan waktu kerja, amat selesa dengan apa yang ada hingga tak nampak diri saya sebenarnya jauh ketinggalan jika di bandingkan dengan rakan-rakan yang lain. lalu saya demotivate, di mana saya punya energy maksima di kala umur begini tetapi masih duduk di takuk yang lama.

tuhan itu adil.

mungkin sekarang waktu saya berhijrah, mungkin juga esok kamu pula. saya hanya perlu moral support kamu. bukan statement unethical and cynical..




Tuesday, August 24, 2010

ayat malam rabu


"People will forget what you said,

people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."