dari dalam flight, kelihatan bumi cambodia seperti kosong. bertanah merah berpetak petak. agak luas. barangkali musim kering. ternanti-nanti di mana landasan, akhirnya touch down dengan selamat. di sambut oleh pegawai kastam kelihatan tidak mesra pelancong.
kami memilih untuk tinggal di sekitar orussey market. market yang seperti pasar borong, 3 tingkat dan pelbagai barangan di jual.dari barangan elektrik, pakaian, makanan, hinggalah salon rambut pun ada di dalamnya!.
rata-rata mereka memulakan jualan di awal pagi. murah rezeki barangkali. mereka tidak segan bertanya, "tuk-tuk, lady?". begitulah kalau mencari rezeki, malu bertanya, masam muka, rezeki pun tak ada.