Sunday, December 13, 2009

tired and broke

we went to kota singa for 3 days, 10 dec until 12 dec. 3 days aje pun aku penat seperti nak kerjakan sawah 1 hektar. my legs crying like crazy sebab kat sana berjalan aje and only back to hotel for sleep. penat tapi bila pergi kat shopping complex tiba-tiba jadi sehat cuma sakit mata sikit. you can see but you can't buy. =(

aku yang beria sangat nak pergi trip ni after my trip to krabi on july has been cancelled. lagi pun my aunt was there and for the rest of my life never been there apa tah lagi melawat mereka. we've decide to take flight as flight murah time tu dan time for travel tak lama sangat. by flight about 45 min aje compare nak amek bas maybe take 5-6 hours. dan kat sana boleh guna public transport aje, murah dan senang. december is the best time to go tapi 2 weeks before christmas is better. time tu sale yang menggila if we use their currency. kalau our currency, sila nangis. T_T.

Sunday, December 6, 2009

buried myself alive

emo sungguh hari ini. bangun aje dah boleh nangis. nangis aje yang aku tau sekarang. bukan sekarang pun. esok, kini dan selamanya.pergi kerja sedih, balik pun sedih. dapat cuti sembilan hari juga sedih. pergi kenduri kahwin sedih, pergi pyramid tengok year end sale pun boleh sedih. balik kampung juga sedih. perkataan dalam otak juga macam kena pahat dengan word sedih. ape kes kan. senang cerita memang aku sangat sedih.


T_T

Tuesday, December 1, 2009

disember

bulan yang penuh dengan kenduri kendara.
bulan yang penuh dengan keinginan melampau.
bulan meraikan 3 tahun makan dengan duit sendiri.
bulan dimana poket perlu bersedia, bakal menerima 4 orang anak buah dalam masa 2 bulan dari sekarang.
bulan penuh dengan krisis.
bulan yang agak merimaskan.

itulah disember.

Saturday, November 28, 2009

date dengan adam

tajuk mesti poyo kan. aku takde kawan or boifren nama adam pun. adam anak cousin ada la. tapi nak jugak cakap date dengan adam.

semalam, time hari raya korban, before solat jumaat baru lah aku tiba di banting, rumah pak enje. almaklumlah, malam tadi aku kerja. dah charge energy baru aku gerak ke banting. acara melapah daging dah pun start sejak pagi lagi dan bersambung petang pula. aku tak tau pula ada kenduri lepas asar. selamba aje pakai jeans dan t shirt. ah, takpa. kerja aku basuh pinggan je pun. biasalah nak sedapkan hati.

selesai kenduri, semua orang bersiap-siap nak balik. aku dan si dayah ready untuk membasuh pinggan kat belakang. dah nak siap tu, boy, cousin aku sound kat adik dia, cakap nak balik before magrib. dia remind banyak kali, yang nur aminah nak datang malam ni. betul jugak kan, nur aminah nak datang. aku memang tunggu sangat malam ni, nur kasih last episod. so, aku decide untuk balik saing dengan dorang. aku pun cepat-cepat sudahkan apa yang patut.

before balik tu, kita orang salam la semua. makcik-makcik tanya, "apa pasal kau orang ni nak balik cepat-cepat ni? esok bukan kerja pun". isk,time aku nak salam la, aku yang kena tanya. harus la aku yang kena jawab. "dd nak balik cepat sebab adam nak datang malam ni." aku berlakon senyum-senyum malu. "ohhh, ada orang nak datang beraya. takpa-takpa. any good news bagitahu ye" excited makcik aku, muka kegembiraan. muka macam menang motor.

muka aku memang gembira lah kan. aku terlepas dari soalan-soalan wajib tahun ini. suka betul ai. wahai makcik-makcik, let me tell u the good news ye. good news nya, adam bertemu nur aminah akhirnya. itu aje ye.

selamat hari raya aidiladha!

Tuesday, November 17, 2009

Sunday, November 15, 2009

bapak oh bapak

jumaat lepas, mama i sms berbunyi begini:

papa mc 5 hari. dah selamat balik dari hospital. katanya anak-anak dia tak kisah pasal dia.

i was...what the heck kan. i baru saja pulang dari kampung halaman rabu, iaitu 2 hari yang lepas.
jadi i pun call la mama, tergelak ah gwe kan rupanya dia kena cagu, kuku kaki kena cabut. dia pergi hospital then balik kena drive seorang diri. dah pergi pun sorang, tak kan balik ber 'orang-orang' plak kan.

i tak terus balik rumah bila dapat tau pasal tu. ala cagu aje kan. nanti off day i balik la. suddenly, mama call cakap papa kena pergi check up on monday dan takde orang nak drive kan dia. siap bagitau takleh tekan pedal-sakit kalau terlanggar-ada 4 jahitan kat kaki-yada-yada-yada-nada adalah siap sedih sayu-ala-ala telenovela mexico campur sikit drama melayu hujung minggu.

jadi i pun decide take EL and balik ke rumah. pagi- pagi lagi i dah drivekan dia ambil GL di office dan terus ke shah alam. "kamu tak lapar?" papa tanya i. i dah gelak sendiri, i tau dia lapar. i tak lapar pun. jadi i bawa pergi makan lontong klang kat ss7. i tengok sakit-sakit pun berselera aje. ye lah sakit kaki aje bukan sakit mulut pun kan.

sesudah bersarapan, kami terus ke SMC. sementara tunggu, kami baca paper. kami terdengar orang belakang kami cerita pasal potong-potong kaki. siap cerita ambil kulit kat bontot tampal kat kaki-takleh makan seafood macam sotong ketam segala.

tiba-tiba papa cakap, sebenarnya dia tak boleh makan lontong sebab ada sambal sotong. i was like daaaaa? tadi tak cakap pun tadi, sedap aje dia telan. then dia cakap, takpe kan sambal sotong orang tu letak sikit aje. HAHAHAHAHA. (kan aku dah gelak besar!)

lepas check-up, i said to papa, nak singgah jusco kejap. contact lens free dah sampai dah boleh ambil. it won't take long, just ambil pastu bole balik. i bagitau papa stay aje la kat kereta. he refuse to stay dan keluar sekali. papa cakap "pergi lah ambil barang kamu dah settle nanti call".
selesai aje agenda, i pun cari-cari kot dia duduk kat bench kat luar. tengok-tengon takde pulak. i call 5 min kemudian dia tercegat kat tepi. nampak je i, dia terus jalan kat kereta pegi side driver.

anak yang prihatin ni tanya "nak drive ke? boleh ke kaki tu?". papa diam terus aje drive. ok la tu kot. so i faham lah tu petanda dah baik sikit la kan. kat traffic light kereta stay lorong yang kedua, suddenly ada satu kereta himpit nak masuk line kami. bila hijau je papa terus tekan pedal minyak.

WOH! aku telan ayaq liuq pasal seinci lagi kereta ku bergesel dengan kereta itu. dan WOH! sekali lagi, pasal papa menekan padel minyak seperti pelumba F1 dalam kaki dia yang sakit-sakit tu. "saja nak ajar driver macam tu yang tak tau queue" papa bersuara tiba-tiba.

sekarang i wonder, kaki dia sakit ke tak eh?

bapak oh bapak......haishhhh

Tuesday, November 10, 2009

kubikel memang kejong

office is where you'll know how shit people is. the back stabber, the ass kisser, the bitch, the slut and all the word you can say!